Balai Cerap Selatan Eropah
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | ESO[1] |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan antara kerajaan |
Tujuan | Pertubuhan penyelidikan untuk astronomi |
Keanggotaan | 16 |
Anggota bagi | Persatuan Penggalakan Rangkaian Penyelidikan Jerman, arXiv (2021), European Open Science Cloud Association |
Bahasa rasmi | Inggeris, Perancis, Jerman |
Tapak web | ESO.org |
Sejarah | |
Dibentuk | 1962 |
Pengurusan | |
Ketua Pengarah | Xavier Barcons |
Pengarah/pengurus | Xavier Barcons |
Perangkaan | |
Kakitangan/pekerja | 730 (2017) |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Garching, Jerman |
Lokasi | |
Koordinat | 48°15′35″N 11°40′16″E |
sunting · sunting di Wikidata |
Pertubuhan Eropah untuk Penyelidikan Astronomi di Hemisfera Selatan,[2] biasanya dirujuk sebagai Balai Cerap Selatan Eropah (ESO), ialah sebuah pertubuhan penyelidikan antara kerajaan yang terdiri daripada 16 negara anggota untuk astronomi berasaskan tanah. Dicipta pada tahun 1962, ESO telah menyediakan para ahli astronomi dengan kemudahan penyelidikan terkini dan akses ke langit selatan. Pertubuhan itu menggaji kira-kira 730 kakitangan dan menerima sumbangan tahunan negara anggota kira-kira €162 juta.[3] Balai cerapnya terletak di utara Chile.
ESO telah membina dan mengendalikan beberapa teleskop terbesar dan paling maju dari segi teknologi. Ini termasuk Teleskop Teknologi Baharu 3.6 m, perintis awal dalam penggunaan optik aktif dan Very Large Telescope (VLT), yang terdiri daripada empat teleskop individu 8.2 m dan empat teleskop tambahan yang lebih kecil yang semuanya boleh berfungsi bersama atau berasingan. Tatasusunan Milimeter Besar Atacama memerhati alam semesta dalam julat panjang gelombang milimeter dan submilimeter, dan merupakan projek astronomi berasaskan tanah terbesar di dunia setakat ini. Ia telah siap pada Mac 2013 dalam kerjasama antarabangsa oleh Eropah (diwakili oleh ESO), Amerika Utara, Asia Timur dan Chile.[4][5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "ESO Glossary of Acronyms". Dicapai pada 2018-09-07.
- ^ "ESO's Organisational Structure". Dicapai pada 2018-09-07.
- ^ "Member States". 2017-04-02. Dicapai pada 2018-06-15.
- ^ "ALMA website". Dicapai pada 2011-09-21.
- ^ "Welcome to ALMA!". Dicapai pada 2011-05-25.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Shaw, E. N. (1976). "The European Southern Observatory". The Observatory. London: Royal Astronomical Society.
- Council of Europe (2010). European Yearbook / Annuaire Européen. 58. Martinus Nijhoff Publishers. m/s. cdxliii. ISBN 978-9004206793.
- Lodewijk, Woltjer (2012). Europe's Quest for The Universe. EDP Sciences. ISBN 9782759801671.
- Schilling, Govert; Christensen, Lars Lindberg (2013). Europe to the Stars: ESO's first 50 years of exploring the southern sky. John Wiley & Sons. ISBN 9783527671670.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Balai Cerap Selatan Eropah. |
- Atacama Large Millimeter Array
- APEX telescope
- ESO
- ESO Top 100 Images
- Webpage for the ESO telescopes at La Silla Observatory
- Paranal Observatory
- James Bond at Paranal Diarkibkan 2008-05-16 di Wayback Machine
- ESOcast
- ESO Media on Youtube
- ESO Vimeo channel
- 2011 video explaining the current and planned work of ESO