Bandar Raya Ho Chi Minh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 10°46′10″N 106°40′55″E / 10.76944°N 106.68194°E / 10.76944; 106.68194

Ho Chi Minh City
Thành phố Hồ Chí Minh
Dahulunya Saigon (Vietnamese: Sài Gòn)
Bandaraya Kerajaan Pusat
Lokasi di Vietnam
Lokasi di Vietnam
Negara  Vietnam
Diasakan 1698
Dinama semula 1976
Kerajaan
 • Setiausaha Parti Lê Thanh Hải
 • People's Committee Chairman: Lê Hoàng Quân
 • People's Council Chairwoman: Phạm Phương Thảo
Luas
 • Jumlah 809.23 batu persegi (2,095 km2)
Paras 63 ft (19 m)
Populasi (Census April 1, 2009)[1]
 • Jumlah 7,123,340
 • Kepadatan 8,805/batu persegi (3,401/km2)
Kod kawasan +84 (8)
Laman web www.hochiminhcity.gov.vn

Bandar Raya Ho Chi Minh (Saigon) (bahasa Vietnam: Thành phố Hồ Chí Minh) merupakan bandar raya terbesar di Vietnam.

Bandar ini pernah dikenali sebagai Prey Nokor dan merupakan pelabuhan utama Kemboja sebelum dikuasai oleh Vietnam pada abad ke-17. Semasa dinamai Saigon, bandar ini menjadi ibu kota Cochinchina Perancis dan kemudian Vietnam Selatan dari 1954 hingga 1975 dalam Perang Vietnam. Pada 1975, Saigon digabungkan dengan Gia Định dan dinamakan semula Bandar Raya Ho Chi Minh.

Pusat bandar terletak di tebing Sungai Saigon dan berdekatan dengan delta Sungai Mekong. Bandar Raya Ho Chi Minh terletak 1,760 di selatan ibu negara, Hanoi. Kawasan metropolitannya didiami seramai 10 juta penduduk, dan merupakan kawasan perbandaran terbesar di Vietnam. Penduduk dijangkakan berkembang ke 13.9 juta orang pada akhir tahun 2025.

Nama "Saigon" masih digunakan dengan meluas di kalangan penduduk tempatan.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Bandar ini mempunyai iklim tropika. Pada musim sejuk, terdapat hanya sedikit hujan berbanding musim panas. iklim ini diklasifikasikan sebagai Aw oleh sistem Köppen-Geiger. Purata suhu tahunan di Bandar Raya Ho Chi Minh ialah 27.4 °C. Dalam setahun, purata hujan turun ialah 1868 mm. [2]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Saigon.

Rujukan[sunting | sunting sumber]