Bandar Tasik Puteri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bandar Tasik Puteri adalah sebuah bandar satelit yang dibangunkan oleh Low Yat Group. Ia terletak kira-kira 40 km di barat laut Kuala Lumpur (jarak mengikut laluan Lebuhraya PLUS) dan kira-kira 13 km barat bandar Rawang (jarak mengikut laluan Lebuhraya LATAR). Bandar Tasik Puteri termasuk dalam DUN Kuang, di bawah Parlimen Selayang. Dari sudut perbandaran, Bandar Tasik Puteri termasuk di dalam kawasan Bandar Rawang, daerah Gombak, dengan poskod umum 48020.

Ia mula didiami pada sekitar tahun 2000 dengan pembukaan kediaman Blok 7 dan Blok 14. Kini Bandar Tasik Puteri dianggarkan mempunyai sekitar 35,000 orang penduduk dengan komposisi majoriti dari masyarakat Melayu.

Prasarana[sunting | sunting sumber]

Bandar Tasik Puteri masih melalui proses pembangunan. Prasana asas seperti kompleks kedai telah tersedia sejak sekitar tahun 2006. Antara prasarana yang utama didalam Bandar Tasik Puteri pada hari ini adalah:

  • 1 x sekolah menengah
    • Sekolah Menengah Bandar Tasik Puteri
  • 2 x sekolah rendah
    • Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri 1
    • Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri 2
  • Masjid dan Surau (disenaraikan yang utama sahaja)
    • Masjid Bandar Tasik Puteri (Solat Jumaat)
    • Surau As-Sidiqqin (Solat Jumaat)
    • Surau Firdaus
    • Surau Al-Mawaddah (Solat Jumaat)
    • Surau Nur As-Sobirin
    • Surau Al-Kautsar
  • 1 x taman awam