Banjir Arab Saudi 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Koordinat: 21°30′N 39°11′E / 21.500°N 39.183°E / 21.500; 39.183

Banjir Arab Saudi 2009
Jeddah, Saudi Arabia locator map.png
Tempoh25 November 2009
Kematian106 [1] (lebih 350 hilang)
KerosakanSAR 1 juta (kerugian perniagaan sahaja)
Kawasan terjejas
Jeddah dan kawasan-kawasan lain di wilayah Makkah
Bandar Jeddah, dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di utara. Lebuh raya ke Makkah di tenggara. Skala peta: kira-kira 25 km (15½ batu) dari utara ke selatan.
Turisan Jeddah dari 1924, menunjukkan pergunungan Jabal al-Hejaz di belakang bandar.

Pada tahun 2009, sebuah banjir besar menjejaskan kawasan Jeddah, di pantai Laut Merah (barat) Arab Saudi, dan kawasan-kawasan lain di wilayah Makkah.[2][3] Banjir ini telah disifatkan oleh para pegawai pertahanan awam sebagai yang terburuk dalam masa 27 tahun.[4] Tepat pada 29 November 2009, dilaporkan 106 orang telah terbunuh,[1] manakala 350 orang lagi hilang.[2] Sebilangan jalan raya ditenggelami sedalam satu meter pada 26 November, sementara kebanyakan mangsanya dipercayai lemas dalam kereta sendiri. Sekurang-kurangnya 3,000 buah kenderaan dihanyutkan atau dimusnahkan oleh banjir.[2][5][6] Bilangan mangsa terkorban dijangka meningkat setelah air bah surut untuk membolehkan pasukan penyelamat mencari kenderaan yang terkandas.[7]

Hujan lebat berukuran lebih 90 milimeter (3½ inci) bercurah di Jeddah dalam masa empat jam sahaja pada 25 November,[2][5] iaitu hampir dua kali purata taburan hujan sepanjang tahun,[8] menjadikannya hujan yang terlebat di Arab Saudi dalam masa sedekad.[9] Banjirnya tiba dua hari sebelum Aidiladha[4] dan di tengah-tengah perarakan haji tahunan ke Makkah.[10] Kerugian perniagaan dianggarkan pada sebilion riyal (AS$270 juta).[note 1] Kawasan-kawasan perumahan kurang berpendapatan di selatan Jeddah teruk terjejas khususnya,[11][12] begitu juga kawasan sekeliling Universiti Raja Abdulaziz yang ditutup sempena cuti ketika berlakunya banjir, sekaligus mengelakkan ramai lagi mangsa terkorban.[13]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bandaraya Jeddah terletak di pantai Laut Merah, di bawah tubir utara lembah rekah Laut Merah yang dikenali sebagai Jabal al-Hejaz, yang mencecah 600–1,000 meter (1,800–3,000 kaki) di situ. Jumlah penduduk bandaraya itu adalah sekitar 3.4 juta (anggaran 2009) dalam kawasan bandar seluas 1,765 km2 (681 batu persegi), maka ketumpatan penduduknya ialah 1,900 orang/km2 (5,000 orang/batu persegi). Iklimnya kering-kontang, tetapi menerima hujan antara dari bulan November hingga Januari dengan iringan ribut petir.[14]

Hujan bulanan purata (1951–1983) di Jeddah dalam milimeter (inci)
Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis
11.2
(0.4)
4.5
(0.2)
4.2
(0.2)
1.0
(0.0)
0.9
(0.0)
0.0
(0.0)
0.1
(0.0)
0.0
(0.0)
0.1
(0.0)
0.6
(0.0)
18.2
(0.7)
16.2
(0.6)
Jumlah: 56.1 mm (2.2 in.). Sumber: Global Historical Climatology Network, version 1

Sekurang-kurangnya tertumpunya 11 buah wadi di bandaraya,[11] maka sering berlakunya pembanjiran kecil setempat selepas hujan. Pada November 2009, hanya kira-kira 30% kawasan bandaraya terlindung daripada banjir kilat, itupun dengan saluran paip berdiameter satu inci (25 milimeter) sahaja.[15]

Jemaah haji[sunting | sunting sumber]

Hari Rabu, 25 November ialah hari pertama perarakan Haji sekitar Makkah sempena Aidiladha, bermula dari Jeddah sebagai pintu masuk utama untuk jemaah haji dari luar negara. Bilangan jemaah haji dari luar negara, dan juga warga Saudi,[16] tidak seramai tahun-tahun terdahulu, gara-gara wabak selesema H1N1. Bagaimanapun, lebih 1.6 juta dipercayai menyertai perarakan haji kali ini.[9]

Menurut Kementerian Dalam Negeri Saudi, tiada sesiapa mangsa banjir yang menyertai ibadah haji.[2][3] Namun begitu, lebuhraya Haramain utama di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz dan Makkah ditutup pada 25 November, menyebabkan ribuan jemaah haji terkandas. Beberapa bahagian lebuhraya berukuran 80 kilometer (50 batu) itu dilaporkan roboh, manakala jambatan Jamia di bahagian timur Jeddah runtuh separanya.[4] Lebuh raya itu kekal ditutup pada 26 November atas kebimbangan bahawa jambatan tersebut akan runtuh sepenuhnya.[6]

Hujan turun dengan begitu lebat di Makkah pada 25 November,[10] dan juga di bandar Mina, tempat perkhemahan jemaah haji besar-besaran. Cuacanya kembali cerah pada 26 November, tetapi para jemaah haji terpaksa mengharungi bahang terik di dataran Gunung Arafat pada hari kedua perjalanan mereka.[9][17] Hassan Al-Bushra, seorang ahli epidemiologi di pejabat Kaherah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, berkata “tiadanya bukti” bahawa hujan akan memburukkan perebakan virus A(H1N1), begitu juga dengan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.[17]

Catatan dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Riyal Saudi (SAR) ditetapkan pada SAR3.75 untuk satu dolar Amerika Syarikat.
  1. ^ a b [1]
  2. ^ a b c d e Saudi Arabian floods kill 77, leave scores missing, Agence France Presse, 26 November 2009, diarkibkan daripada asal pada 2014-02-21, dicapai 2009-11-26 .
  3. ^ a b Saudi Arabia floods leave 48 dead, BBC News, 26 November 2009, dicapai 2009-11-26 .
  4. ^ a b c "Flooding kills 77 in Jeddah, Thousands of pilgrims stranded on highway", Saudi Gazette, 26 November 2009, dicapai 2009-11-26  |first1= missing |last1= in Authors list (bantuan).
  5. ^ a b Al-Zahrani, Saleh (26 November 2009), "Damage may top SR1 billion", Saudi Gazette, dicapai 2009-11-27 
  6. ^ a b Alawi, Ibrahim; Al-Harthi, Eid (27 November 2009), "King orders aid for victims, Death toll in Jeddah flooding hits 83", Saudi Gazette, dicapai 2009-11-27 .
  7. ^ Humaidan, Muhammad (27 November 2009), "Jeddah flood death toll reaches 77", Arab News, dicapai 2009-11-27 .
  8. ^ Jidda, Saudi Arabia: Average rainfall, WorldClimate.com, dicapai 2009-11-27 
  9. ^ a b c Black, Ian (26 November 2009), "Muslim pilgrims climb Mount Arafat as 2m brave heat outside Mecca", Guardian .
  10. ^ a b "Rain soaks hajj pilgrims in Mecca", Daily Telegraph, 25 November 2009 
  11. ^ a b Al-Bargi, Abdullah (26 November 2009), "Jeddah, city in a lake", Saudi Gazette, dicapai 2009-11-27 
  12. ^ Al-Dhibyani, Faleh (27 November 2009), "Anxious residents follow weather reports amid clean-up", Saudi Gazette, dicapai 2009-11-27 
  13. ^ Cousins, Michel (27 November 2009), "'What happened was a man-made problem'", Arab News, dicapai 2009-11-27 
  14. ^ Geographical Location and Climate, Jeddah Municipality, dicapai 2009-11-27 .
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SGcost tidak disediakan
  16. ^ Heavy rain and swine flu fears hamper Hajj, BBC News, 25 November 2009, dicapai 2009-11-27 .
  17. ^ a b "Bright weather greets pilgrims on Arafat", Saudi Gazette, 27 November 2009, dicapai 2009-11-27 .

Pautan luar[sunting | sunting sumber]