Bank Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Bank Rakyat Indonesia.
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
IndustriPerbankan Islam
Ditubuhkan28 September 1954
Ibu pejabatMenara Kembar Bank Rakyat, Jalan Rakyat, Kuala Lumpur, Malaysia
Perancang utama
(Pengerusi)
KeluaranPerbankan and Kewangan
Laman sesawangwww.bankrakyat.com.my
Ground part of former Bank Rakyat building at Jalan Tangsi, Kuala Lumpur in April 2013


Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Jawi: بڠک کرجاسام رعيت مليسيا برحد) atau Bank Rakyat (Jawi: بڠک رعيت) ialah sebuah bank Malaysia yang ditubuhkan pada bulan September 1954 di bawah Ordinan Koperasi 1948, berikutan perkembangan gerakan koperasi di negara ini. Bank Rakyat dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Akta Institusi Kewangan Pembangunan (DAFIA 2002) dan Kementerian Pembangunan Keusahawan dan Koperasi (MEDAC). Bank Rakyat menawarkan produk dan perkhidmatan Perbankan Islam kepada anggota dan juga bukan anggota melalui 146 cawangan, lebih 786 mesin ATM/CDM, 78 Kedai Ar-Rahnu X'Change dan 7 Pusat Perbankan Elektronik di seluruh Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dengan perkembangan yang pesat ini, keputusan telah dibuat untuk menubuhkan bank masing-masing yang dikenali sebagai Bank Persatuan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan kewangan anggota-anggota.

Pada 28 September 1954, 11 daripada bank persatuan tersebut bersetuju untuk bergabung dan membentuk Bank Agong (Apex Bank). Dalam tahun 1967, Bank Kerjasama Malaysia Berhad menggantikan Bank Agong dan keahliannya dibuka untuk individu, selain daripada koperasi. Seterusnya, penubuhan anak-anak syarikat juga dibenarkan. Pada 6 Januari 1973, namanya ditukar menjadi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat.

Satu akta khas telah diwujudkan untuk melincinkan pentadbiran Bank Rakyat, iaitu Akta Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad (Peruntukan Khas) 1978 (Akta 202) yang membolehkan Bank Rakyat menawarkan pembiayaan kepada mereka yang bukan ahli.

Pada tahun 1986, Tabung Simpanan Nuri untuk kanak-kanak telah diperkenalkan.

Pada tahun 1989, Bank Rakyat telah diletakkan terus di bawah Kementerian Pembangunan Keusahawan dan Koperasi (MEDAC).

Pada tahun 1994, Bank Rakyat menukar konsep perbankan komersial kepada perbankan Islam.Sehingga 31 Disember 2007, Bank Rakyat memiliki aset berjumlah RM34.9 bilion, yang mewakili kira-kira 70 peratus jumlah aset keseluruhan koperasi di negara ini

Produk Individu[sunting | sunting sumber]

Produk Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

www.bankrakyat.com.my

Pautan dalam[sunting | sunting sumber]

Bank Rakyat (Bahasa Melayu)

Perbankan Elektronik (i-Rakyat)

Laman Rasmi Bank Rakyat

Laman Instagram Rasmi

Laman Facebook Rasmi

Laman Twitter Rasmi

Laman Youtube Rasmi

Laman Linkedin Rasmi

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Kementerian Pembangunan Keusahawan dan Koperasi (MEDAC)