Bap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nasi kukus, ssalbap.

Bap (bahasa Korea: ) dalam masakan Korea, fàn (Cina ringkas: Cina tradisional: ) dalam masakan Cina, dan meshi (bahasa Jepun: ) atau gohan (ご飯) dalam masakan Jepun, ialah istilah untuk bijirin yang dimasak. Bap selalunya terdiri daripada nasi, barli, kacang soya dan lain-lain bijirin.[1][2] Terdapat beberapa perkataan berbeza untuk bap, bergantung kepada orang yang dihidangkannya. Ia dipanggil jinji jika dihidangkan kepada orang tua, sura untuk raja, dan me untuk si mati dalam upacara nenek moyang.[1] Ia juga mempunyai nama yang berbeza bergantung kepada jenis bijirinnya.[1] Ia dipanggil ssalbap apabila bap mengandungi nasi kukus keseluruhannya, boribap jika diperbuat dari nasi dan barli, atau jobap apabila nasi bercampur milet.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d An Illustrated Guide to Korean Culture - 233 traditional key words. Seoul: Hakgojae Publishing Co. 2002. m/s. 12–13. ISBN 978-89-85846-98-1. 
  2. ^ Types of Korean Food, visitkorea. Access date: June 3, 2010.