Barbie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Barbie
Kemunculan pertama 9 Mac 1959
Dicipta oleh Ruth Handler
Informasi
Nama panggilanBarbie

Barbie ialah sejenis alat permainan anak patung yang terkenal di dunia keluaran Mattel, Inc. yang dilancarkan pada Mac 1959. Ahli perniagaan A.S. Ruth Handler dikreditkan sebagai penciptanya selepas mendapat ilham daripada anak patung Jerman Bild Lilli. Kebanyakan permainan ini dimainkan oleh golongan perempuan tidak kira kanak-kanak mahupun remaja.

Dia gadis jelita, moden, bergaya, mempunyai beribu-ribu koleksi pakaian yang cantik, teman lelaki yang tampan, dan macam-macam lagi. Dia kelihatan sempurna tetapi hakikatnya dia terlalu kurus.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Barbie dicipta oleh Ruth Handler, yang melihat anaknya Barbara memberi watak dewasa kepada anak patung kertasnya. Tetapi suaminya Elliot, seorang pengasas bersama syarikat permainan Mattel tidak berapa bersemangat. Selepas terjumpa anak patung Bild Lilli di Eropah pada 1956, Ruth mengerjakan semula reka bentuk anak patung tersebut dan memberi nama Barbie, sempena nama anaknya. Anak patung ini diperkenalkan kepada dunia di Pameran Alat Permainan Antarabangsa Amerika Syarikat di Bandar Raya New York pada 9 Mac 1959.[1] Tarikh ini juga digunakan sebagai hari lahir rasmi Barbie.

Sewaktu diperkenalkan, Barbie merupakan anak patung yang berpakaian fesyen remaja. Namun, kontroversi tercetus apabila ramai yang mempertikaikan ukuran badan Barbie iaitu 36 (dada), 18 (pinggang), 38 (pinggul), tidak relevan dengan ukuran manusia normal.[2] Walaupun begitu, anak patung ini tetap mendapat sambutan dan akhirnya pada tahun 1969, buat pertama kalinya Barbie mempunyai sepasang kaki yang boleh dibengkokkan.

Barbie mempunyai seorang "kekasih" bernama Ken, diperkenalkan pada 1961, yang namanya pula diambil sempena nama anak lelaki Ruth, Kenneth.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ruth Mosko Handler unveils Barbie Doll". Jewish Women's Archive. Dicapai pada 8 Mac 2014.
  2. ^ What would a real life Barbie look like? BBC News, 6 Mac 2009

Pautan luar[sunting | sunting sumber]