Barnabas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Barnabas atau Saint Barnabas (St Barnabas) adalah seorang Yahudi yang dilahirkan di Salamis, Cyprus. Dia adalah anak kepada sebuah keluarga Yahudi berketurunan dari dinasti Levi di Syria. Namanya ialah Joses atau Joseph, jika diterjemah ke bahasa arab menjadi Yusuf. Beliau dipercayai merupakan salah seorang dari 12 Al-Hawariyyun (12 Diciples) yang setia dan kerana ketaatan beliau kepada Nabi Isa, para ‘appostle’ lain telah menggelarkannya dengan nama Barnabas; istilah ini membawa maksud  "Anak Saguhati" atau "Anak pengajaran" juga disebut “Anak Penghiburan”.    

Diriwayatkan, Barnabas pernah bersama Isa a.s selama 3 tahun dalam membantunya menyampaikan ajarannya dan ia berbeza dengan 4 tokoh penulis-penulis injil atau gospel yang telah disebutkan (Paul, Matthew, Luke dan John) kerana para penulisnya tidak pernah bersama Isa a.s."  Selepas ketiadaan Nabi Isa a.s, beliau adalah seorang pendakwah yang berjaya dengan personaliti  seperti magnet. Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Nasrani. Barnabas telah merantau dari Palestin hingga ke banyak tempat untuk berdakwah termasuklah ke Damsyik dan dari Philip ke Sinai sehinggalah dalam tahun 75M dia dikatakan telah shahid setelah dibunuh (ada pendapat mengatakan disalib) ketika menyebarkan dakwahnya di Salamis, Cyprus.

Pokok Karob[sunting | sunting sumber]

Dalam 45AD dia mula bekerjasama dengan Paul dari Tarsus (St Paul atau Paulus) dan John Mark untuk menyebarkan agama Kristian sebelum akhirnya beliau meninggalkan Paul kerana mengajarkan ajaran yang bertentangan. Dalam 75AD iaitu semasa lawatan keduanya ke Cyprus, dia telah ditangkap dan dipenjarakan di dalam sel yang gelap, di sebelah Synagogue of Salamis. Pada malam yang sama beliau mula direjam oleh orang Yahudi Syria Salamis dan kemudian dicampakkan dalam api yang besar, dikelilingi oleh unggun kayu api yang banyak... dan hangus. Jenazahnya telah dibalut dengan kain kapas untuk dilemparkan ke dalam laut, supaya jenazahnya itu tidak akan jatuh ke tangan pengikut-pengikutnya. Pengikut-pengikutnya hanya dapat melihat kekejaman itu dari jauh. Walaubagaimanapun di bawah kegelapan malam itu, mereka berjaya mengambil tubuhnya dan memasukkannya ke dalam keranda serta dibawa kepada sebuah makam purba di bawah pokok karob ke barat Salamis. Pada dadanya mereka letakkan satu salinan Injil Barnabas, yang ditulis oleh tangannya sendiri, yang dibawanya bersama sebelum mereka menutup kuburnya. (Namun terdapat pertikaian tentang hal ini kerana Barat mendakwa Injil yang ditemui bersama jenazahnya adalah Injil St Matthews – Ketiadaan bukti menyukarkan pembuktiaan Injil mana yang berada dalam pelukkannya ketika jasadnya ditemui.)

Mimpi Bertemu St Barnabas[sunting | sunting sumber]

Terdapat satu legenda yang menarik mengenai penemuan jasad St Barnabas, yang digambarkan di dalam empat lukisan dinding dalam niche yang di sebelah kanan pintu masuk ke gereja St Barnabas. Yang pertama adalah fresco adegan yang menggambarkan St Barnabas memasuki mimpi Bishop of Cyprus, Anthemios pada  478 AD menunjukkan kepadanya di mana untuk mencari jenazahnya.

Yang kedua ialah fresco adegan yang menunjukkan terdapatnya jenazah Barnabas dengan sebuah kitab Injil di dadanya. Fresco ketiga menunjukkan Anthemios, yang menemui Injil di dalam makam, bersama-sama dengan tiga imam, menyerahkan ia kepada Maharaja Byzantine Zeno di halaman Gereja St Stephen di Istanbul.

Akhir sekali, fresco keempat menunjukkan Zeno memberikan Gereja Ortodoks Cyprus kemerdekaan dan keistimewaan ‘Anthemios Imperial’. Hak istimewa ini bermakna bahawa dia dibenarkan untuk melakukan log masuk dakwat merah seperti Maharaja Byzantine; dia dibenarkan untuk mengenakan jubah ungu dalam festival gereja sepertimana Maharaja dan tambahan pula beliau memenangi hak untuk membawa bersamanya kakitangan Maharaja.

Ini secara tidak langsung memberi gambaran kepada kita betapa istimewanya injil ‘misteri’ di dada St Barnabas yang ditemui Anthemios hinggakan beliau diberi banyak keistimewaan oleh Maharaja.  Injil St Matthews telah diistiharkan sebagai kanonik pada 325 AD di Nicea oleh Constantine jadi secara logik ia sudah tersebar luas pada ketika makam St Barnabas ditemui pada 478 AD. Mengapa Injil St Matthews dari makam itu dianggap terlalu istimewa hingga pihak istana memberi banyak keistimewaan? Injil apakah sebenarnya yang ditemui oleh Anthemios di makam St Barnabas itu?

Pembinaan Biara St Barnabas[sunting | sunting sumber]

Selain dari memberi Gereja Ortodoks Cyprus itu kemerdekaan, Maharaja Zeno (474-491 AD) turut menyediakan bantuan kewangan untuk membina Biara indah di tempat di mana badan Barnabas itu telah ditemui. Lama-kelamaan kepimpinan pun bertukar ganti dan banyak perubahan berlaku. Walau bagaimanapun, gereja dan biara yang dibina di sini telah ditawan ketika serbuan yang dilakukan oleh orang Arab bermula pada abad ke-8 dan musnah. Tinggalan-tinggalan yang masih kekal di gereja hari ini adalah kesan tiga apses, sisa jalan yang diperbuat daripada batu dan beberapa tiang-tiang marmar. Biara telah dibina (semula) dalam bentuknya kini pada tahun 1756 ketika zaman Archbishop Philotheos. Menara loceng gereja dibina pada tahun 1958 dengan sumbangan kewangan daripada tiga adik-beradik yang bekerja di sini sebagai para imam.

Gereja kecil yang dibina atas makam purba di mana badan St Barnabas telah ditemui di bawah tanah adalah kira-kira 100 meter ke timur biara. Ruang makam bawah tanah gereja boleh dicapai melalui 14 langkah. Dulu ada mata air yang suci, di ceruk sebelah kanan, yang dipercayai berkesan untuk merawat penyakit kulit.

Pembukaan Ikon St Barnabas Dan Muzium Arkeologi[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Ogos 1991 kerja-kerja telah dmulakan untuk menukar biara menjadi sebuah Gereja St Barnabas dan Muzium Ikon (St Barnabas Monastery and Icon Museum). Pada 29 Mei 1992 ia mula dibuka kepada para pelawat yang ingin mengunjungi Icon St Barnabas dan Muzium Arkeologi. Di dalam gereja, ikon-ikon dari gereja ini dipaparkan bersama-sama orang dari gereja-gereja kampung yang dijumpai semasa penggalian di Mağusa. Di bilik-bilik biara pula dipamerkan penemuan arkeologi semejak dari zaman Neolitik iaitu ketika tempoh Byzantine, dalam susunan kronologi.

Petikan Injil Barnabas Bab 221[sunting | sunting sumber]

221: Jesus perintah Barnabas Menulis

Jesus memalingkan dirinya kepada orang yang menulis, dan berkata: "Barnabas, lihatlah bahawa dengan segala cara kamu tulislah Injilku [ini] mengenai apa yang telah berlaku sepanjang aku menetap di dunia. Dan tulislah dengan gambaran yang sama seperti mana yang  dialami oleh Judas, agar orang yang setia itu tidak tertipu, dan semoga semua manusia percaya kepada kebenaran. " Maka jawab orang yang menulis: ". Saya akan berbuat demikian, jika diizinkan Tuhan, ya Tuan Guru, tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku kepada Judas, kerana saya tidak melihatnya"

Jesus menjawab: "Disini ada John dan Peter yang melihat segala-galanya, dan mereka akan memberitahu kamu tentang semua yang telah berlalu." Dan kemudian Jesus meminta kepada kami untuk memanggil murid-muridnya yang setia supaya mereka dapat berjumpa dengannya. Jadi James dan John memanggil tujuh murid-murid lain beserta Nicodemus dan Joseph, dan  juga yang lain-lain daripada yang tujuh puluh dua itu, lalu mereka makan bersama Jesus.

Pada hari ketiga Jesus berkata, "Pergilah ke Bukit Zaitun bersama ibuku, sebab di sanalah aku akan naik semula ke langit, dan kamu akan melihat siapa yang akan membawa ku keatas." Jadi mereka semua telah pergi ke sana kecuali dua puluh lima orang daripada tujuh puluh dua murid-murid [nya], yang kerana ketakutan telah melarikan diri ke Damsyik. Ketika mereka semua berdiri dalam solat, pada tengah hari Jesus datang bersama sejumlah besar para malaikat yang senantiasa memuji Tuhan: dan keindahan wajahnya menjadikan mereka sangat ketakutan sehingga mereka menurunkan wajah mereka tersebam di atas tanah. Tapi Jesus menangkat mereka, menenangkan mereka, seraya berkata: "Janganlah takut, [kerana] akulah Tuan Gurumu."

Dan dia menempelak kebanyakkan [orang[ yang mempercayai bahawa dia telah meninggal dunia dan [kemudian] bangkit semula, dengan berkata: "Adakah kamu menganggap aku dan Tuhan [itu] sebagai pendusta? Telah ku katakan kepadamu bahawa Tuhan telah mengurniakanku untuk hidup [hingga] hampir ke kiamat. Sesungguhnya aku berkata kepadamu, aku tidak mati [ketika itu], ia adalah Judas si pengkhianat. Berhati-hatilah, kerana Syaitan akan berusaha sedaya upaya untuk menipumu. Jadilah saksi [buat diri] ku di Israel, dan di seluruh dunia, bagi semua perkara yang kamu [semua] telah dengar [dan] lihat."

Setelah bersabda demikian, dia berdoa [pada] Tuhan untuk keselamatan orang yang beriman, dan keampunan [bagi] orang-orang berdosa dan [kemudian], doanya berakhir, dia memeluk ibunya lalu berkata: "Salam sejahtera buat mu [duhai] ibu ku. Bertawakkallah pada Tuhan yang menciptakan kamu dan aku." Dan setelah berkata demikian, dia berpaling kepada murid-muridnya, [seraya] berkata: ". Semoga rahmat dan belas kasihan Tuhan bersama kamu [semua]." Kemudian di depan mata mereka empat malaikat membawanya ke langit.