Pergi ke kandungan

Kristian

Laman separuh dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kristen)

Sebahagian daripada siri tentang

Simbol Agama Kristian

 
Yesus Kristus
Yesus Kristus  · Kelahiran  · Penyaliban  · Wafat  · Kebangkitan
Asas
Gereja  · Kerajaan  · Pegangan  · Perjanjian Baru
Alkitab
Wasiat Lama  · Wasiat Baru  · Injil  · Kanun  · Kitab  · Apokrifa
Teologi
Tuhan (Bapa  · Anak  · Roh Kudus)  · Apologetik  · Katolikisme  · Kristologi  · Misi  · Pembaptisan  · Sejarah teologi  · Penyelamatan  · Tritunggal
Sejarah dan tradisi
Pengikut  · Bunda Maria  · Santo Petrus  · Paulus si Hawari  · Bapa Gereja  · Awal  · Konstantinus Agung  · Persidangan  · Thomas Aquinas  · Perpecahan Timur-Barat  · Perang Salib  · Reformasi Protestan
Tajuk umum
Agama lain  · Kesarwabangsaan  · Kesenian  · Khutbah  · Kritikan  · Liturgi  · Muzik  · Simbolik  · Sembahyang  · Tahun gereja
Denominasi dan gerakan

Portal Kristian

Kristian atau Nasrani adalah agama pecahan dari Agama-agama Ibrahimik. Kristian merupakan agama terbesar di dunia yang paling ramai dianuti oleh manusia dan diikuti oleh agama Islam ditangga kedua agama terbesar. Kristian dipercayai mengikuti ajaran daripada Jesus kristus (atau Nabi Isa) yang dikatakan sebagai anak tuhan atau jelmaan tuhan. Kitab suci bagi agama Kristian disebut sebagai Bible yang terdiri daripada dua bahagian iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Perjanjian lama adalah berdasarkan kitab suci Yahudi yang disebut Tanakh manakala Perjanjian Baru berdasarkan Gospel yang diolah mengikut kesesuaian.

Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:

Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan anggaran 1.2 bilion penganut yang telah dibaptis),

Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),

Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)

Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahweh. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahweh Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahweh sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.

Demografi

Dengan jumlah penganut sebanyak kira-kira 2.4 bilion orang,[1][2] secara keseluruhannya, agama Kristian merupakan agama terbesar di dunia. Peratusan umat Kristian daripada jumlah populasi dunia adalah sekitar 33% selama seratus tahun terakhir, bermaksud bahawa satu sepertiga orang di dunia adalah beragama Kristian. Meskipun begitu, peratusan ini tidak memperlihatkan perubahan besar dalam demografi Kristian, yakni pertambahan besar jumlah pemeluk agama Kristian di negara-negara membangun sementara berlaku penurunan besar jumlah pemeluk Kristian di Eropah dan Amerika Utara.[3] Menurut kajian tahun 2015 yang dilakukan oleh Pew Research Center, agama Kristian diramalkan tetap menjadi agama terbesar dunia dalam empat dekad seterusnya, dengan jumlah pemeluk agama Kristian boleh mencapai 3 bilion orang pada 2050.[4]:60

Peratusan umat Kristian Katolik dan Ortodoks (baik Ortodoks Timur mahupun Ortodoks Oriental) semakin menurun, sementara peratusan penganut beraliran Protestan dan kelompok-kelompok lain semakin meningkat.[5][6] Kelompok yang disebut sebagai "mazhab Protestan popular" adalah salah satu daripada golongan-golongan keagamaan dengan kadar pertumbuhan tertinggi di dunia.[7][8]

Mazhab

Empat mazhab utama Kristian ialah Gereja Katolik, Gereja Ortodoks Timur, Gereja Ortodoks Oriental dan Protestan.[9]:14[10] Kadang-kadang, agama Kristian dibahagikan kepada dua pecahan yang lebih besar, iaitu Gereja Timur dan Gereja Barat yang terbit daripada peristiwa Perpecahan Timur-Barat pada abad ke-11. Meskipun demikian, ada juga kelompok-kelompok umat Kristian lain[11] yang memiliki sejarah yang tersendiri[12] namun tidak dapat digolongkan ke dalam kategori-kategori utama ini dengan begitu sahaja.

Ada pelbagai doktrin dan gaya ibadat dalam kalangan kelompok-kelompok yang Kristian. Kelompok-kelompok ini boleh sahaja dibezakan berdasarkan pandangan eklesiologi dalam penggolongan mazhab Kristian.[13] Meskipun demikian, Pengakuan Iman Nicea pada tahun 325 Masihi lazimnya diakui sebagai pedoman utama sebagian besar umat Kristian, termasuk Gereja Katolik, Gereja Ortodoks Timur, Gereja Ortodoks Oriental, dan mazhab-mazhab utama dalam rumpun mazhab Protestan, misalnya pelbagai denominasi Anglikan.[14]

Berdasarkan eklesiologi Protestan, sejak kemunculan pada abad ke-16, mazhab Protestan terdiri atas bermacam-macam kelompok jemaah dan amalan ibadat. Selain Lutheran dan Calvinisme sebagai dua mazhab utama daripada gerakan Reformasi Protestan, terdapat juga mazhab Anglikan yang muncul dari gerakan Reformasi Inggeris. Mazhab Anabaptis dikerdilkan oleh mazhab-mazhab Protestan lainnya ketika itu, namun kemduain diakui sebagai sebahagian rumpun besar mazhab Protestan. Mazhab Adventisme, gereja Baptisme, Methodist, Pentakosta, dan berbagai-bagai mazhab Protestan lain baharu muncul pada abad-abad berikutnya.

Kebudayaan

Hampir sepanjang sejarahnya, kebudayaan Barat telah disamakan dengan kebudayaan Kristian, dan sebagian besar populasi Dunia Barat dapat disebut umat Kristian secara budaya. Istilah "Eropah" dan "dunia Barat" telah dikait-kaitkan secara rapat dengan gagasan berkenaan "agama Kristian" dan "dunia Kristian", bahkan banyak kalangan yang beranggapan bahawa agama Kristian merupakan salah satu mata rantai dalam pembentukan jati diri Eropah yang tunggal.[15]

Galeri

Rujukan

  1. ^ 33,39% dari ~7,2 miliar penduduk dunia (di bagian 'People') "World". The World Factbook. CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-15. Dicapai pada 2021-03-05.
  2. ^ "Christianity 2015: Religious Diversity and Personal Contact" (PDF). gordonconwell.edu. Januari 2015. Dicapai pada 29 Mei 2015.
  3. ^ Werner Ustorf. "A missiological postscript", dalm McLeod and Ustorf (penyunting), The Decline of Christendom in (Western) Europe, 1750–2000, (Cambridge University Press, 2003) m/s. 219–20.
  4. ^ "The Future of World Religions: Population Growth Projections, 2010–2050" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-05-06. Dicapai pada 2021-03-05.
  5. ^ Johnstone, Patrick, "The Future of the Global Church: History, Trends and Possibilities", m/s. 100
  6. ^ Hillerbrand, Hans J., "Encyclopedia of Protestantism: 4-volume Set", m/s. 1815
  7. ^ Juergensmeyer, Mark (3 November 2005). "Religion in Global Civil Society". Oxford University Press. m/s. 16.
  8. ^ Barker, Isabelle V. (2005). "Engendering Charismatic Economies: Pentecostalism, Global Political Economy, and the Crisis of Social Reproduction". American Political Science Association. m/s. 2, 8. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2013. Dicapai pada 25 Mac 2010.
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Rhodes 2005
  10. ^ "Divisions of Christianity". North Virginia College. Dicapai pada 31 December 2007.
  11. ^ "The LDS Restorationist movement, including Mormon denominations". Religious Tolerance. Dicapai pada 31 December 2007.
  12. ^ Ehrman, Bart D. (2003). Lost Christianities: The Battles for Scripture and the Faiths We Never Knew. Oxford University Press, USA. m/s. 1. ISBN 0-19-514183-0.
  13. ^ Sydney E. Ahlstrom, menggambarkan denominasionalisme di Amerika sebagai "sebuah eklesiologi virtual" yang "pertama menolak pernyataan Gereja Katolik, gereja-gereja hasil Reformasi 'magisterial', dan sebagian besar sekte bahwa merekalah satu-satunya Gereja yang sejati." (Ahlstrom, Sydney E.; Hall, David D. (2004). A Religious History of the American People (ed. Revised). Yale University Press. m/s. 381. ISBN 978-0-300-10012-9.);
  14. ^ "Nicene Creed". Encyclopædia Britannica Online. Encyclopædia Britannica. 2007. Dicapai pada 31 Disember 2007.
  15. ^ Dawson, Christopher; Glenn Olsen (1961). Crisis in Western Education (ed. reprint). m/s. 108. ISBN 9780813216836.

Pautan luar