Bassem Audah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bassem Audah
Bassem Audah pada 2013
Menteri Bekalan dan Perdagangan Dalam Negeri
Dalam jawatan
5 Januari 2013 – 4 Julai 2013
Perdana MenteriHesham Qandil
Didahului olehZeid Mohamed
Digantikan olehMuhamed Abu Shadi
Butiran peribadi
Lahir (1970-03-16) 16 Mac 1970 (umur 54)
KerakyatanMesir
Parti politikParti Kebebasan dan Keadilan
Alma materUniversiti Kaherah

Bassem Kamal Mohamed Audah (Arab: باسم كمال محمد عودة, lahir 16 April 1970), atau biasa dikenali sebagai Bassem Audah, ialah seorang ahli politik Mesir yang menjadi anggota Ikhwan Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP). Beliau berkhidmat sebagai Menteri Bekalan dan Perdagangan Dalam Negeri Mesir dari Januari hingga Julai 2013, sehingga beliau meletak jawatan akibat rampasan kuasa Mesir 2013. Beliau kemudiannya ditahan, dibicara dan dijatuhkan hukuman mati dalam pendakwaan politik.

Politik[sunting | sunting sumber]

Bassem ialah salah seorang calon bagi pengurusan FJP pada 2011.[1] Beliau menjadi ketua rancangan bahan api dalam rancangan 100 hari Presiden Mohamed Morsi semasa kempen pilihan raya presiden.[2] Beliau juga ialah ketua jawatankuasa tenaga dalam FJP.[2]

Bassem dilantik sebagai Menteri Bekalan dan Perdagangan Dalam Negeri Mesir pada 5 Januari 2013 dalam sebuah rombakan kabinet.[3] Bassem menggantikan Zeid Mohamed bagi jawatan tersebut.[4] Bassem ialah salah seorang anggota FJP yang berkhidmat dalam kabinet yang diketuai Perdana Menteri, Hesham Qandil.[4][5] Beliau dan anggoto FJP lain dalam kabinet melepaskan jawatan pada 4 Julai 2013 berikutan rampasan kuasa di Mesir pada 2013.[6] Penggal Bassem secara rasmi berakhir pada 16 Julai 2013 apabila kerajaan sementara yang diketuai oleh Hazem Al Beblawi dibentuk.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Freedom and Justice Party Elections in Giza". Ikhwan Web. 23 May 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2012. Dicapai pada 30 January 2013.
  2. ^ a b "Egypt's cabinet reshuffle to see new interior, finance ministers". Ahram Online. MENA. 5 January 2013. Dicapai pada 30 January 2013.
  3. ^ "Egypt replaces 10 ministers, including interior, in Cabinet reshuffle". Al Arabiya. 5 January 2013. Dicapai pada 30 January 2013.
  4. ^ a b Bradley Hope (7 January 2013). "Morsi unveils cabinet reshuffle as economic crisis bites". The National. Dicapai pada 30 January 2013.
  5. ^ Mahmoud Fouly (6 January 2013). "Egypt's 10-minister cabinet reshuffle meets with opposition dissatisfaction". Xinhua News Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 January 2013. Dicapai pada 3 February 2013.
  6. ^ "Egypt Brotherhood ministers present official resignations". Ahram Online. 4 July 2013. Dicapai pada 18 July 2013.
  7. ^ Abigail Hauslohner (16 July 2013). "Interim Egyptian cabinet sworn in". The Washington Post. Cairo. Dicapai pada 16 July 2013.