Parti Kebebasan dan Keadilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Kebebasan dan Keadilan
حزب الحرية و العدالة
Pengerusi Mohammed Mursi[1]
Naib Pengerusi Essam el-Erian[2]
Setiausaha Agung Saad Al-Katatny[3]
Slogan Membawa kebaikan untuk Mesir
(Bahasa Arab: نحمل الخير لمصر‎)
Diasaskan 30 April 2011
Ibu pejabat 20 King El-Saleh Street Pulau Rawdah-Kaherah
Akhbar Freedom and Justice
Ideologi Islamisme[4][5]
Demokrasi Islam
Populisme[6]
Kedudukan politik Pertengahan kanan[7]
Penggabungan nasional Perikatan Demokratik Mesir
Penggabungan antarabangsa Ikhwanul Muslimun
Warna rasmi Biru, jingga dan hijau
Dewan Rakyat
213 / 508
[8][9]
Tapak web
http://www.hurryh.com/ (Arab)
http://www.fjponline.com/ (Inggeris)

Politik Mesir
Parti politik
Pilihan raya

Parti Kebebasan dan Keadilan (PKK) (Bahasa Arab: حزب الحرية والعدالة‎ , Ḥizb al-ḥurriya wa al-’adala) ialah sebuah parti politik Islam[4][5] di Mesir. Parti ini secara nominalnya bebas, namun memiliki pautan kuat dengan Ikhwanul Muslimun Mesir, kumpulan politik terbesar dan paling tersusun di Mesir. Dalam pilihan raya pertamanya pada 2011/12, ia meletakkan calon di hampir separuh kawasan pilihan raya yang dipertandingkan.[10] Ia memenangi kebanyakannnya, menjadikannya parti terbesar di parlimen.[11]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ikhwanul Muslimun mengumumkan pada 21 Februari 2011, selepas revolusi Mesir 2011, yang ia berhasrat menubuhkan Parti Kebebasan dan Keadilan, yang akan dipimpin Saad Al-Katatny.[12][13]

Seterusnya parti ini diasaskan secara rasmi pada 30 April 2011, lalu mengumumkan yang ia akan bertanding dalam hampir separuh kerusi pada pilihan raya parlimen yang mendatang. Badan perundangan Ikhwan melantik Mohammed Mursi sebagai presiden Parti Kebebasan dan Keadilan, Essam el-Erian sebagai naib presiden, dan Saad Al-Katatny sebagai setiausaha agung.[3][14] Ketiga-tiga mereka merupakan mantan anggota Maktab al-Irshad, badan tertinggi dalam Ikhwanul Muslimun Mesir.[10]

Parti ini dijangka memenangi sebahagian besar kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya 2011 – i.e., hampit separuh kerusi parlimen – kerana tiada parti lain yang "memiliki apa-apa yang menghampiri tahap rangkaian penyokong" yang dimilikinya. Tambahan pula, Ikhwan juga bekerjasama dengan calon bebas dan berjanji memberi sokongan.[10]

Akhirnya ia membentuk Perikatan Demokratik Mesir bersama-sama dengan 10 parti lain dan memenangi 235 daripada sejumlah 498 kerusi, atau 47%.[15][11]

Kemudian dalam pilihan raya presiden 2012, Mohammed Mursi menjadi Presiden Mesir selepas memenangi pusingan kedua.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. د.مرسى رئيساً لحزب"الحرية والعدالة"..وخوض انتخابات الشعب فى حدود 45 إلى 50 % sharqiaonline
  2. مرسي والعريان والكتاتني يسلمون مهامهم بجماعة الإخوان للتفرغ لحزب الحرية والعدالة | الدستور Dostor
  3. 3.0 3.1 "Egypt’s Muslim Brotherhood selects hawkish leaders | Al-Masry Al-Youm: Today's News from Egypt". Al-Masry Al-Youm. 30 April 2011. http://www.almasryalyoum.com/en/node/418600. Capaian 20 Disember 2011. 
  4. 4.0 4.1 "Egypt’s Islamists announce own political party", Dawn, 30 Apr 2011, http://www.dawn.com/2011/04/30/egypts-islamists-announce-own-political-party.html, capaian 28 Disember 2011 
  5. 5.0 5.1 "Egypt Islamists form ‘non-theocratic’ party", The Peninsula, 1 May 2011, http://www.thepeninsulaqatar.com/middle-east/150700-egypt-islamists-form-non-theocratic-party.html, capaian 28 Disember 2011 
  6. الأقباط متحدون | الحملة الوطنية لمراقبة الانتخابات: الإخوان والسلفيون يواصلون استغلال الخطاب الديني والأطفال في الدعاية Copts United
  7. "الجزار": نقدر كل الانتماءات السياسية دون اتهام لأحد بالخيانة اليوم السابع
  8. Egypt's MB wins most parliamentary seats PressTV
  9. هيمنة الإسلاميين على برلمان مصر Al Jazeera
  10. 10.0 10.1 10.2 Foreign Affairs magazine, September Oktober 2011, "The Unbreakable Muslim Brotherhood", oleh Eric Trager, m/s. 114–222
  11. 11.0 11.1 Interactive: Egypt's new parliament blocs Al Jazeera English
  12. "The Muslim Brotherhood Official English Website". Ikhwanweb. 23 Februari 2011. http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=28088. Capaian 20 Disember 2011. 
  13. Earl Cox (23 Februari 2011). "Muslim Brotherhood sits at Egypt’s new democratic table". Jpost.com. http://www.jpost.com/MiddleEast/Article.aspx?id=209563&R=R3. Capaian 20 Disember 2011. 
  14. "Egypt: Muslim Brotherhood sets up new party". BBC News. 30 April 2011. http://www.bbc.co.uk/news/world-middle-east-13249434. Capaian 20 Disember 2011. 
  15. Egypt's post-Mubarak legislative life begins amid tension and divisions - News - Elections 2011 Ahram Online

Pautan luar[sunting | sunting sumber]