Batu Ibnu Sardan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Batu Ibnu Sardan merupakan salah satu artifak yang ditemui di Lembah Bujang, Kedah. Pada bahagian permukaannya tertera perkataan "Ibnu Sardan 213H" dalam Tulisan Jawi sekitar 829M yang lalu. Ibnu Sardan ialah nama satu keluarga Arab yang dikenali sebagai ahli ilmu, ahli pelayaran dan pendakwah Islam. Batu ini berukuran 19 sm lebar dan 37 sm panjang. Penemuan batu ini dapat menguatkan lagi teori bahawa Islam telah wujud lebih awal di Lembah Bujang membuktikan bahawa adanya tokoh- tokoh dari Timur Tengah samada Arab ataupun Parsi yang mengembara bertujuan untuk mengembangkan syiar Islam di negeri ini [1]

Batu Ibnu Sardan ini disimpan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok dan replikanya boleh dilihat di Muzium Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sejarah Kemasukan Islam Di Kedah Dan Perkembangannya Diarkibkan 2009-03-23 di Wayback Machine Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah