Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak berhampiran dengan Sungai Batu, Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah. Muzium ini ditadbir oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Kompleks arkeologi ini seluas tiga kilometer persegi . Ia terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit.Terdapat 97 tapak kajian yang menjadi kunci untuk membuka sejarah tamadun awal negara.

Muzium ini memaparkan perspektif sejarah arkeologi, antropologi dan sosiologi masyarakat Melayu yang tinggi dan lama di Asia Tenggara.Muzium ini terletak di tengah-tengah pusat penempatan , perdagangan dan pembangunan tamadun yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu dengan monumen dan batu bersurat berusia lebih 1,900 tahun ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM). Ia kemudiannya berlanjutan sehingga kepada "Empayar Sri Vijaya". [1]

Kompleks muzium ini menyimpan pelbagai khazanah dan pusaka bersejarah yang menjadi bukti bahawa Kedah merupakan salah satu negeri tertua dalam rantau ini, yang dipercayai wujud sejak tahun 110 Masehi. Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini dibina pada tahun 1978.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang dibuka kepada orang ramai pada hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Rancangan Malaysia Kesembilan memberi peruntukan kepada Jawatan Warisan Negara (JWN) dan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk membuat kajian lanjutan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]