Batu bersurat Ebla

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Berasal dari zaman sekitar 2500 SM, batu bersurat Ebla merupakan koleksi 1800 tablet lempung lengkap, 4700 pecahan serta ribuan cebisan kecil yang ditemui di arkib istana kota purba Ebla, Syria. Tablet-table ini telah ditemui oleh ahli arkeologi Itali, Paolo Matthiae bersama pasukannya pada tahun 1974–75[1] di tapak penggalian mereka di Tell Mardikh, tapak kota purba Ebla, yang diusahakan selama 10 tahun dan hanya diketahui oleh para profesional[2]

Sekitar 2500 SM, Ebla merupakan satu kerajaan yang meliputi satu kawasan termasuklah ibu kota Syria, Damaskus dan tenggara Turki. Kerajaan ini mencapai kemuncak budaya dan ekonominya, namun sepertimana yang berlaku kepada banyak tamadun lain, ia lenyap dari pentas sejarah. Rekod-rekod yang tersimpan jelas menyatakan bahawa Kerajaan Ebla merupakan pusat kebudayaan dan komersil utama pada masa tersebut.[3] Masyarakat Ebla memiliki tamadun yang membawa kepada pembangunan arkib-arkib negara, membina perpustakaan dan merekod kontrak-kontrak komersil dalam bentuk bertulis. Mereka bahkan mempunyai sistem bahasa sendiri, yang dikenali sebagai Eblaite.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Moorey, 1991, p.150–152.
  2. Remarked by Hans H. Wellisch, "Ebla: The World's Oldest Library", The Journal of Library History 16.3 (Summer 1981:488-500) p. 488f.
  3. "Ebla", Funk & Wagnalls New Encyclopaedia, © 1995 Funk & Wagnalls Corporation, Infopedia 2.0, SoftKey Multimedia Inc.