Batu sempadan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tanda sempadan negara antara Kanada (kiri) dan Amerika Syarikat (kanan)
Batu sempadan negeri di Gunung Nuang yang terletak di antara sempadan negeri Pahang dan Selangor
Batu sempadan kawasan berlot jenis batu konkrit ditanam oleh JUPEM

Batu sempadan, tanda sempadan ataupun titik sempadan ialah tanda fizikal bertujuan untuk mengenal pasti permulaan sesuatu sempadan tanah atau perubahan dalam sempadan, terutamanya perubahan arah sempadan. [1] Batu sempadan juga boleh dijadikan sebagi tanda yang melaluinya garis sempadan berjalan dalam garis lurus dalam menentukan sempadan tersebut. [1] Ia juga boleh menjadi titik dari mana batu sempadan tersebut telah ditetapkan. [1]

Batu sempadan juga dibina sebagai kawasan hakmilik atau kawasan berlot dengan terteranya perkataan "JUP" yang ditanam oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dalam menentukan kedudukan keluasan setiap unit tanah dan keluasan dibendungnya. Juruukur swasta atau juruukur tanah berlesen (JTB) kebiasaannya menanam batu sempadannya dengan tiada tertera apa-apa perkataan kecuali tanda tebuknya. [2]

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Batu sempadan kebiasaannya dibina menggunakan batu konkrit bagi berbentuk silinder dan batu granit yang berbentuk segi empat tepat dan terdapatnya kilang pembinaan batu sempadan yang diuruskan oleh JUPEM untuk kawasan berlot. [2] Manakala batu sempadan negeri atau negara dibina di kawasan sempadan tersebut dan dicat atau dicop nama sempadan itu. Setiap batu sempadan terdapat tanda tebuk dalam batu sempadan tersebut. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Porter, John (Jun 1990). "AN HISTORICAL PERSPECTIVE – Longitude 129 degrees east, and why it is not the longest, straight line in the world". Prespektif Negara – Kongres Juruukur Australia ke-32 Kertas Teknikal 31 Mac – 6 April 1990. Institusi Canberra (Canberra: The Institution): Eyepiece – Institusi Juruukur Australia, Bahagian Australia Barat. m/s. 18–24.
  2. ^ a b c Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (31 Mei 2005). "Jenis dan Spesfikasi Tanda Sempadan Ukur Kadaster" (PDF). jupem.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. m/s. 13. Dicapai pada 13 Februari 2024.