Belon udara panas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Belon udara panas dalam penerbangan
Belon udara panas berbentuk lebah
Belon udara panas berbentuk penyu
Belon udara panas berbentuk Abbey of Saint Gall

Belon udara panas ialah belon besar yang diisi dengan udara atau gas panas yang lebih ringan daripada udara untuk dinaikkan dan diapungkan di udara. Belon udara panas biasanya ada bakul besar untuk membawa penumpang dan sebagainya.

Belon jenis ini merupakan teknologi penerbangan pertama yang mengangkut penumpang manusia dengan berjayanya. Penerbangan belon udara panas yang tidak bertambat pertama kalinya dilakukan oleh Jean-François Pilâtre de Rozier dan François Laurent d'Arlandes di dalam belon rekaan adik-beradik Montgolfier[1] pada 21 November 1783 di Paris, Perancis,[2]

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Sebuah belon udara panas untuk tujuan pengangkutan terdiri daripada beberapa komponen: sejenis selubung (envelope) besar yang memerangkap udara di dalamnya dengan suatu bukaan di bawah, sebuah bakul besar yang dibina untuk menampung bilangan penumpang yang terhad dan penunu yang menghidupkan api daripada bekalan bahan apinya, memanaskan udara dalam selubung agar belon dapat kuasa angkatnya.

  • Selubung (envelope): selubung yang ada pada rekaan belon moden diperbuat daripada sama ada kain nilon ripstop ataupun dacron iaitu sejenis poliester.[3] Bahagian bawah selubung ini sendirinya dijahit bersama sejenis pita khas yang bertujuan mengagihkan berat belon dengan baik lalu menghasilkan gelung yang boleh dipasangkan kepada wayar kabel. Wayar kabel ini dihubungkan dengan bakul penumpang dengan menggunakan karabiner.
  • Bakul: diperbuat daripada anyaman rotan dengan sifatnya yang ringan tetapi boleh tahan lama semasa penerbangan berlaku. Ia kadangkalanya juga boleh diperbuat daripada aluminium yang dibalut kain agar ia mudah alih.[4]
  • Penunu: pembakar bahan api ini meruapkan cecair propana daripada tangki-tangki aluminium, keluli tahan karat atau titanium[5] menjadi bentuk gas yang boleh dicampur dengan udara untuk dibakar dengan menggunakan sejenis api pandu (pilot light, biasanya dinyalakan menggunakan pemetik api atau percikan piezoelektrik[6]). Api besar yang terhasil ini akan dihalakan bersama-sama bahan sampingannya ke arah selubung untuk memanaskan udara di dalamnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "U.S. Centennial of Flight Commisstion: Early Balloon Flight in Europe". Diarkibkan daripada original pada 2 Jun 2008. Dicapai 4 Jun 2008. 
  2. ^ Tom D. Crouch (2008). Lighter Than Air. Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-9127-4. 
  3. ^ "Eballoon.org". Dicapai 21 Disember 2006. 
  4. ^ Deramecourt, Arnaud (2002). "Experimental Buildings: Collapsible Basket". Dicapai 18 Jun 2009. 
  5. ^ "The Burner". Dicapai 14 Februari 2011. 
  6. ^ "Lindstrand Fuel System: Burners & Tanks". Dicapai 5 Mac 2007. 

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Belon udara panas ialah teknologi penerbangan membawa manusia tertua.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.