Penyu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bagi filem, lihat Penyu (filem).
Penyu
Julat zaman:
Awal Usia Kapur-Holosen,[1] 110–0 Ma
LeatherbackTurtle.jpg
Penyu belimbing (D. coriacea)
Pengelasan saintifik s
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Klad: Americhelydia
Klad: Panchelonioidea
Superkeluarga: Chelonioidea
Bauer, 1893[2]
Jenis spesies
Chelonia mydas
Linnaeus, 1758
Keluarga
Sinonim[2]

Chelonii - Oppel 1811
Chlonopteria - Rafinesque 1814
Cheloniae - Schmid 1819
Edigitata - Haworth 1825
Oiacopodae - Wagler 1828
Pterodactyli - Mayer 1849

Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya.

Penyu digolongkan di dalam haiwan vertebrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin.

Mengikut kajian yang telah dijalankan, didapati penyu telah wujud semenjak akhir zaman Jurassic (145 - 208 juta tahun ), iaitu sezaman dengan dinosaur. Penyu Archelon yang bersaiz 6 meter (20 kaki) panjang ataupun penyu Cimochelys, berenang di laut silam seperti penyu masa kini. Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang hayat mereka.

Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu Belimbing mendarat untuk bertelur.

Ancaman[sunting | sunting sumber]

Setiap tahun, populasi penyu yang mendarat untuk bertelur semakin berkurangan. IUCN meletakkan haiwan ini sebagai spesies terancam.

Pemburuan[sunting | sunting sumber]

Telur penyu yang dijual di pasar-pasar di Malaysia

Antara ancaman yang dihadapi oleh penyu adalah pemburuan daging dan telurnya secara haram, terutamanya di China, Filipina, India, Indonesia dan beberapa negara di Amerika. Dianggarkan 35,000 penyu dibunuh setahun di Mexico dan Nicaragua sehingga ada ahli pemulihara di Mexico dan Amerika Syarikat melancarkan kempen "Don't Eat Sea Turtle" untuk mengurangkan perdagangan produk haiwan ini.[3]

Serpihan laut[sunting | sunting sumber]

Serpihan-serpihan yang bersepah di laut menjadi ancaman paling besar terhadap penyu, terutamanya puing-puing plastik dan pukat-pukat jaring ikan yang disalahsangka oleh penyu sebagai obor-obor, atau makanannya. Serpihan yang dimakan ini akan tersangkut di perut apabila dimakan yang akan menyebabkan kematian haiwan ini.

Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu untuk menangani masalah kepupusan penyu.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksana, menyelia dan mengurus pelbagai program pemuliharaan di Malaysia sejak tahun 1990 hingga kini. Antara penyu yang dikenalpasti mendarat di perairan Malaysia ialah Penyu karah, Penyu hijau, Penyu belimbing dan Penyu lipas. Penyu-penyu ini dilindungi oleh akta dan enakmen negeri sepenuhnya.[4]

Selain itu, kerajaan Negeri Sabah juga telah mewartakan sebuah taman marin, iaitu Taman Laut Pulau Penyu (TPPP) yang merangkumi Selingan, Bakkungan Kecil dan Gulisaan sebagai kawasan pendaratan dan pembiakan penyu sejak 1979. Sehingga kini, sebanyak 16 juta anak penyu telah dilepaskan ke laut menerusi program konservasi yang dijalankan.[5]

Malah, Malaysia juga terlibat menandatangani Memorandum Persefahaman pada tahun 1966, 1997 dan 2011[6] dengan negara-negara ASEAN serta negara-negara rantau Asia lain bagi mengatasi masalah ancaman populasi penyu pada peringkat global.

Galeri gambar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hirayama R; Tong H (2003). "Osteopygis (Testudines: Cheloniidae) from the Lower Tertiary of the Ouled Abdoun phosphate basin, Morocco". Palaeontology. 46 (5): 845–56. doi:10.1111/1475-4983.00322. 
  2. ^ a b Rhodin, Anders G.J.; van Dijk, Peter Paul; Inverson, John B.; Shaffer, H. Bradley; Roger, Bour (2011-12-31). "Turtles of the world, 2011 update: Annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution and conservation status" (PDF). Chelonian Research Monographs. 5. Diarkibkan daripada original (PDF) pada 2012-01-22. 
  3. ^ WEISS, KENNETH R. (2002-03-14). "Pope Asked to Call Sea Turtles 'Meat'". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0458-3035. Dicapai pada 2015-12-22. 
  4. ^ https://www.dof.gov.my/index.php/pages/view/2358
  5. ^ https://www.sayangsabah.com/16-juta-anak-penyu-dilepaskan-ke-laut-dalam-37-tahun/
  6. ^ http://www.cms.int/en/legalinstrument/iosea-marine-turtles

Pautan luar[sunting | sunting sumber]