Ben 10

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ben 10
Ben10showlogo.JPG
Logo rancangan Ben 10
Format Animasi / Aksi
Pencipta Duncan Rouleau
Joe Casey
Joe Kelly
Steven T. Seagle
Pelakon suara Tara Strong
Dee Bradley Baker
Fred Tatasciore
Jim Ward
Meagan Smith
Paul Eiding
Richard McGonagle
Richard Steven Horvitz
Steven Jay Blum
Komposer lagu tema Andy Sturmer
Negara asal Amerika Syarikat
Bilangan musim 4
Bilangan episod 49
Penerbitan
Penerbit eksekutif Sam Register
Mark Burton
Tempoh siaran 22 minit
Syarikat pengedaran Warner Bros. Village Roadshow Pictures
Penyiaran
Saluran asal Cartoon Network
Siaran asal 27 Disember 200515 April 2008
Kronologi
Diikuti oleh Ben 10: Alien Force
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

Ben 10 ialah sebuah siri televisyen animasi Amerika Syarikat rekaan kumpulan "Man of Action" (yang terdiri daripada Duncan Rouleau, Joe Casey, Joe Kelly dan Steven T. Seagle) terbitan Cartoon Network Studios.

Plot[sunting | sunting sumber]

Siri animasi ini mengisahkan Ben Tennyson, sepupunya Gwen, dan datuk mereka iaitu Max. Kisahnya bermula ketika Ben bersama-sama datuk serta sepupunya berkhemah pada permulaan cuti musim panas. Bagi Ben, percutian ini amat membosankan lebih-lebih beliau telah bertelagah dengan Gwen. Untuk menghilangkan rasa jemu, Ben merayau-rayau di hutan lalu ternampak sesuatu objek berupa meteor di langit malam yang jatuh menghalanya. Sewaktu Ben mendekatinya, beliau menemui sebuah lenggai gergasi asing yang mempunyai sebuah alat seakan-akan jam tangan yang penuh misteri bergelar Omnitrix di dalamnya. Alat itu melekap pada pergelangan tangannya dan memberikannya kebolehan untuk betukar kepada pelbagai makhluk asing, setiap satunya memiliki kuasa-kuasa yang tersendiri. Walaupun Ben menyedari tanggungjawabnya adalah membantu orang lain dengan kuasa-kuasa barunya, namun dia tetap suka bermain-main dengan kuasanya itu.

Watak[sunting | sunting sumber]

Omnitrix[sunting | sunting sumber]

Omnitrix.

Tumpuan utama siri ini ialah Omnitrix, sebuah perkakasan asing berupa jam tangan yang ditemui Ben pada awal siri. Dengan menggunakan alat ini, Ben boleh bertukar menjadi beberapa bentuk makhluk asing untuk melawan pelbagai penjahat dalam siri ini. Omnitrix berfungsi dengan menggabungkan DNA makhluk asing dengan DNA Ben, lalu menukarkannya menjadi makhluk pilihannya selama sepuluh minit, selepas itu pulih kepada rupa asal. Seperti yang diterangkan dalam Ben 10: Race Against Time, had masa ini bertujuan untuk menghalang DNA makhluk asing dari menguasai penggunanya.

Untuk mengelakkan sesiapa mencuri Omnitrix dari Ben, Omnitrix itu disifatkan agak sukar ditanggal, seolah-olah berpadu dengan kulit Ben. Lebih-lebih lagi, jikalau seseorang cuba menanggalkannya, alat itu menghasilkan ledakan tenaga untuk menghindarkannya.

Filem[sunting | sunting sumber]

Dua filem Ben 10 telah dikeluarkan pada masa-masa berlainan pada tahun 2007 dan 2008. Filem pertama ialah cetera animasi pertama berjudul Secret of the Omnitrix, di mana Omnitrix disetkan untuk musnah sendiri secara tidak sengaja dan Ben mesti mencari pencipta alat itu untuk menghentikannya. Filem ini disiarkan pada 10 Ogos 2007. [1] Dua versi berlainan yang menampakkan perbezaan dari keluaran asal masing-masing dikeluarkan pada 1 September 2007 dan 20 Oktober 2007.

Filem kedua ialah filem lakonan hidup berjudul Ben 10: Race Against Time[2] yang disiarkan pada 21 November 2007. Plotnya mengisahkan Ben, Gwen dan Max kembali ke tempat asal mereka di Bellwood dan cuba kembali menjalani kehidupan 'normal'. Malangnya, hidup mereka diganggu oleh seekor makhluk asing bergelar Eon yang mempunyai hubungkait dengan Omnitrix. Race Against Time ditayangkan buat julung kali di Cartoon Network pada 21 November 2007. Filem ini diarah oleh Alex Winter.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: