Bendera Lubnan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nisbah 2:3

Bendera Lubnan (Bahasa Arab: علم لبنان‎) diperkenalkan pada 7 Disember 1943 selepas kemerdekaannya dari Perancis; bendera ini terdiri dari berwarna jalur merah di atas dan bawah bidang bendera beserta berwarna putih dengan pohon araz di tengahnya.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Perlambangan[sunting | sunting sumber]

Jalur merah melambangkan keberanian orang Lubnan mempertahankan negara mereka daripada serangan penjajah manakala warna putih melambangkan salji yang turun di sebahagian kawasan negara itu yang turut dikiaskan kepada kesucian dan keamanan.

Pokok araz di tengah jalur putih merupakan simbol panjang umur, keabadian dan keamanan; malah ia juga didapati dalam kawasan gunung-ganang Lubnan melalui spesies cedrus libani. Hubungan pokok ini dengan tanah Lubnan ada tercatat dalam kitab Bible beberapa kali - Mazmur ayat 13[1] dan ayat 16[2] - di mana ia dikaitkan dengan kekuatan. Lubnan turut diberi jolokan "Tanah Araz"atas sebab ini.[3][4]

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Tatarajah perekaan bendera Lubnan

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lukisan tangan bedera Lubnan ditandatangani ahli-ahli Parlimen Lubnan, November 1943

Bendera ini dilukis Henri Pharaon,[5][6] seorang anggota dalam Parlimen Lubnan di rumah timbalan presiden pertama mereka Saeb Salam di Mousaitbeh. Ia dipercayai diilhamkan Bendera Austria hasil pendedahan Henri semasa bekerja sebagai konsul di Vienna - kedua-dua jalur merah dipercayai masing-masing melambangkan pergunungan Lubnan dan Lubnan Timur manakala jalur putih melambangkan Lembah Beqaa yang terletak di antara kedua-dua pergunungan ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Bible". Dicapai pada October 27, 2014.
  2. ^ "The Bible". Dicapai pada October 27, 2014.
  3. ^ Erman, Adolf (1 January 1927). The Literature of the Ancient Egyptians: Poems, Narratives, and Manuals of Instruction, from the Third and Second Millennia B. C. (dalam bahasa Inggeris). Methuen & Company, Limited. m/s. 261.
  4. ^ Cromer, Gerald (1 January 2004). A War of Words: Political Violence and Public Debate in Israel (dalam bahasa Inggeris). Frank Cass. m/s. 58. ISBN 9780714656311.
  5. ^ "Henry Pharoun Is Slain at Home; Founder of Free Lebanon Was 92". The New York Times. 7 Ogos 1993. Dicapai pada 8 Oktober 2008.
  6. ^ "Lubnān, Republic of Lebanon, Al-Jumhūriyyah al-Lubnāniyyah". Flags of The World. CRW. Dicapai pada 8 Ogos 2009.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.