Benih (zoologi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Benih-benih (telur) ikan badut. Bintik-bintik hitam adalah mata yang sedang berkembang.

Dalam bidang zoologi, benih (bahasa Inggeris: spawn) merupakan telur dan sperma yang dilepaskan ke dalam air oleh haiwan akuatik. Proses melepaskan telur dan sperma itu digelar pembenihan (spawning). Kaedah pembiakan ini dilakukan oleh hampir semua haiwan akuatik kecuali mamalia dan reptilia.

Benih terdiri daripada sel-sel pembiakan (gamet) yang didatangkan oleh kebanyakan haiwan akuatik; ada di antaranya akan disenyawakan dan menghasilkan zuriat. Proses pembenihan biasanya melibatkan betina melepaskan ovum (telur belum tersenyawa) ke dalam air, selalunya secara besar-besaran, manakala jantan melepaskan spermatozoa (air mani) secara serentak atau bergilir-gilir untuk mensenyawakan telur itu.[1][2][3]

Kebanyakan jenis ikan membiak secara membenih, dan begitu juga dengan banyak haiwan akuatik lain, termasuk krustasea seperti ketam dan udang, moluska seperti tiram dan sotong, ekinoderma seperti landak laut, tapak sulaiman dan gamat, amfibia seperti katak dan kodok, serangga akuatik seperti nyamuk, dan juga cnidaria seperti batu karang yang sebenarnya haiwan akuatik kecil dan bukan tumbuhan.

Terdapat pelbagai kaedah pembenihan mengikut perbezaan anatomi antara jantina, hubungan sesama jantina, tempat dan cara pelepasan benih dan cara perlindungan benih.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Spawn Diarkibkan 2014-11-29 di Wayback Machine Fishbase Glossary. Retrieved 3 February 2011.
  2. ^ Spawning Diarkibkan 2013-06-21 di Wayback Machine Fishbase Glossary. Retrieved 3 February 2011.
  3. ^ Gametes Diarkibkan 2013-09-15 di Wayback Machine Fishbase Glossary. Retrieved 3 February 2011.