Air mani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
A round clear dish viewed from above with a translucent white liquid pooled at the bottom
Air mani lelaki dalam piring petri.

Air mani (bahasa Inggeris: semen) ialah cairan tubuh yang keluar dari zakar lelaki hasil daripada nafsu syahwat. Ia biasanya mengandungi spermatozoa. Air mani dikeluarkan oleh gonad (kelenjar seksual) dan organ-organ seksual lainnya dari lelaki atau binatang hermafrodit, termasuk siput, untuk persenyawaan sel telur perempuan atau betina. Proses pengeluarannya disebut pancutan atau ejakulasi.

Aspek-aspek fisiologi[sunting | sunting sumber]

Persenyawaan dalaman dan luaran[sunting | sunting sumber]

Bergantung kepada jenis spesis, spermatozoa dapat menyuburkan sel telur secara luaran atau dalaman. Dalam persenyawaan luaran, spermatozoa mensenyawakan sel telur (ovum) secara langsung, di luar organ seksual betina. Ikan benita, misalnya, menebarkan ovumnya ke lingkungan akuatiknya, yang kemudian disenyawakan oleh air mani dari ikan jantan.

Namun dalam persenyawaan dalaman, persenyawaan terjadi dalam organ seksual pihak betina. Persenyawaan dalaman terjadi selepas pihak betina menerima air mani oleh pihak jantan melalui hubungan jenis. Di kalangan binatang bertulang belakang yang rendah (amfibia, reptilia, burung dan mamalia monotrem), hubungan jenis dicapai melalui kloaka jantan dan betina. Di kalangan haiwan mempunyai kantung (marsupial) dan mamalia mempunyai uri, hubungan jenis melalui vagina.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Grizard G, Sion B, Bauchart D, Boucher D (2000). "Separation and quantification of cholesterol and major phospholipid classes in human semen by high-performance liquid chromatography and light-scattering detection". J Chromatogr B Biomed Sci Appl. 740 (1): 101–7. PMID 10798299.Selenggaraan CS1: pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  • "factors that affect spermatogenesis"
  • "Does Semen Have Antidepressant Properties?" oleh Gordon G. Gallup
  • Rencana tentang kandungan sperma
  • Rencana mengenai ketagihan air mani

Rujukan[sunting | sunting sumber]