Karang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Singkapan karang di Terumbu Sawar Besar Australia

Karang adalah invertebrat laut di dalam kelas Anthozoa, di dalam filum Cnidaria. Kehidupan ini biasanya hidup dalam koloni yang mengandungi banyak polip individu. Spesies karang termasuk pembina terumbu karang yang menghuni laut tropika dan mengeluarkan kalsium karbonat buat membentuk kerangka keras.

Hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Sifat ketulan karang yang didatangkan dalam pelbagai warna sering menjadi tarikan manusia malah dimanfaatkan sebagai perhiasan seperti batu permata. Ketulan berwarna merah menyala terutamanya didambakan dahulu kerana kelangkaannya; masyarakat Cina dulu menganggap karang jenis ini melambangkan tuah dan umur panjang.[1]

Masyarakat pulau Singapura sering memungut ketulan karang bersama rumpai untuk dijadikan hiasan rumah.[2]:130 Bahkan, karang adakalanya juga boleh dijadikan bahan binaan utama rumah seperti batu bata yang didapati dalam petempatan di Afrika Timur.[3]

Ancaman[sunting | sunting sumber]

Karang diancam seluruh dunia akibat tekanan daripada perubahan dalam alam sekitar[4] diakibatkan kegiatan dan pencemaran dilakukan manusia tidak sahaja secara langsung (termasuk perlombongan karang, pembinaan pulau tiruan, bom ikan) malah secara tidak langsung akibat perubahan suhu dan tahap keasidan kerana pelepasan gas rumah hijau.[5] Sebanyak kira-kira 10% daripada terumbu karang yang di dunia disahkan mati sepanjang pemerhatian dilakukan[6][7][8] manakala 60% terumbu yang masih ada berisiko tinggi[9] terutamanya di Asia Tenggara dengan tahap keterancaman sebanyak 80%.[10]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Welch, Patricia Bjaaland (2008). Chinese Art: A Guide to Motifs and Visual Imagery. Tokyo, Rutland & Singapore: Tuttle. m/s. 61.
  2. ^ Toramae, Juria. "Notes on Some Outlying Reefs and Islands in Singapore". Mynah. Oktober 2016. 1: 128–137.
  3. ^ Pouwels, Randall L. (6 June 2002). Horn and Crescent: Cultural Change and Traditional Islam on the East African Coast, 800–1900. Cambridge University Press. m/s. 26. ISBN 978-0-521-52309-7.
  4. ^ "Coral reefs around the world". Guardian.co.uk. 2 September 2009.
  5. ^ "Threats to Coral Reefs". Coral Reef Alliance. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 December 2011. Dicapai pada 5 December 2011.
  6. ^ Kleypas, J.A.; Feely, R.A.; Fabry, V.J.; Langdon, C.; Sabine, C.L.; Robbins, L.L. (2006). "Impacts of Ocean Acidification on Coral Reefs and Other Marine Calcifiers: A guide for Future Research" (PDF). National Science Foundation, NOAA, & United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada July 20, 2011. Dicapai pada April 7, 2011. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  7. ^ Save Our Seas, 1997 Summer Newsletter, Dr. Cindy Hunter and Dr. Alan Friedlander
  8. ^ Tun, K.; Chou, L.M.; Cabanban, A.; Tuan, V.S.; Philreefs, S.; Yeemin, T.; Suharsono; Sour, K.; Lane, D. (2004). "Status of Coral Reefs, Coral Reef Monitoring and Management in Southeast Asia, 2004". Dalam Wilkinson, C. (penyunting). Status of Coral Reefs of the world: 2004. Townsville, Queensland, Australia: Australian Institute of Marine Science. m/s. 235–76. Dicapai pada 2019-04-23.
  9. ^ Burke, Lauretta; Reytar, K.; Spalding, M.; Perry, A. (2011). Reefs at risk revisited. Washington, DC: World Resources Institute. m/s. 38. ISBN 978-1-56973-762-0.
  10. ^ Bryant, Dirk; Burke, Lauretta; McManus, John; Spalding, Mark. "Reefs at Risk: A Map-Based Indicator of Threats to the World's Coral Reef" (PDF). NOAA. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-02-18. Dicapai pada 25 April 2015.