Bepang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bepang dalam bungkusan

Bepang ialah sejenis makanan manis dan rangup yang sedap dimakan. Ia diperbuat daripada kacang yang bersalut gula cair. Bepang sedap dimakan begitu sahaja.

Resepi[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan[sunting | sunting sumber]

  1. 300 gm kacang tanah
  2. 100 gm bijan
  3. 300 gm gula pasir

Cara membuat[sunting | sunting sumber]

  1. Kacang tanah dan bijan digorengkan tanpa minyak secara berasingan. Sejukkan.
  2. Buangkan kulit kacang tanah.
  3. Masakkan gula hingga menjadi karamel.
  4. Sapukan sedikit minyak dalam loyang empatsegi besar.
  5. Taburkan bijan dan kacang tanah dalam loyang tadi.
  6. Tuangkan gula karamel tadi sehingga menutupi kacang dan bijan.
  7. Potong bepang ini bentuk panjang atau empat segi ketika masih panas.
  8. Sejukkan dahulu baru disimpan.