Beras Siraj

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Beras Siraj merupakan hibrid daripada beras Jepun dengan beras basmathi dari India. Namanya diberi ketika Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail melawat tapak projek semaian padi hibrid di Kampung Tebu Hitam, Rompin, Pahang pada 1 Disember 2006 [1].

Pengumuman itu dilakukan sewaktu baginda meninjau tapak projek tersebut yang juga berfungsi sebagai Pusat Penyelidik Padi Hibrid yang diusahakan oleh RB Biotech Sdn. Bhd. seluas 1,279 hektar.

Percantuman antara beras Jepun yang agak berpulut manakala basmathi pula yang lebih bersifat peroi diyakini akan menghasilkan gabungan dua kualiti beras berbeza.

Padi hibrid dihasilkan daripada gabungan dua benih daripada dua jenis padi yang berbeza untuk menghasilkan produk beras berkualiti.

Secara teknikal, ia membabitkan pemindahan debunga daripada satu induk pokok padi kepada satu lagi induk pokok padi yang dimandulkan bagi menghasilkan jenis padi baru.

Rujukan[sunting | sunting sumber]