Berudu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Berudu

Berudu merupakan larva bagi amfibia, iaitu peringkat kedua kitaran hidup katak.

Huraian[sunting | sunting sumber]

Ketika dalam tahap larva dalam kitaran hidup, seekor berudu bernafas melalui insang dalaman atau luaran pada badannya. Berudu tidak menumbuhkan kaki atau organ persenyawaan sehingga peringkat lanjut dalam hidupnya. Berudu mempunyai ekor bersirip yang digunakan untuk berenang melalui alunan sisian, serupa dengan kebanyakan ikan. Sambil membesar, berudu memetamorfosis dengan menumbuhkan kaki secara perlahan, kemudian (bagi katak) menyerap ekornya melalui proses apoptosis. Paru-paru turut berkembang lebih kurang serentak dengan perkembangan katak, dan pada peringkat lanjut berudu akan berenang ke permukaan air untuk menafaskan udara. Pada peringkat akhir metamorfosis luaran, mulut berudu perlu bertukar dari bentuk bulat yang kecil di hadapan kepala, menjadi mulut besar yang sama lebarnya dengan kepalanya. Ususnya turut mengecut untuk menampung pemakanan maging katak.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]