Beth Behrs

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Beth Behrs
Beth Behrs 2012 (Straighten Crop).jpg
Behrs, Januari 2012.
KelahiranElizabeth Ann Behrs
(1985-12-26) 26 Disember 1985 (umur 33)
Lancaster, Pennsylvania, A.S.
Pusat pendidikanUCLA School of Theater, Film and Television
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2009–kini

Beth Behrs (lahir 26 Disember 1985)[1][2] merupakan pelakon Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Caroline Channing menerusi sitkom CBS, 2 Broke Girls (2011–2017).

Biografi[sunting | sunting sumber]

Elizabeth Ann Behrs[3] dilahirkan di Lancaster, Pennsylvania, anak kepada David Behrs, seorang pentadbir kolej, dan Maureen Behrs, seorang guru.[4][5] She has a sister who is six years younger.[6] Pada tahun 1989, keluarga Behrs telah berpindah ke Lynchburg, Virginia, dimana tempat beliau dibesarkan.[5] Beliau mula melakukan pementasan pentas di usia empat tahun dan aktif bermain bola sepak ketika kecil.[7] Beliau merupakan pelajar Sekolah Tinggi E.C. Glass.[8]

Ketika berusia 15, Behrs berpindah bersama keluarganya ke Marin County, California.[9] Beliau memasuki Sekolah Tinggi Tamalpais pada tahun 2001 dan diterima menyertai program drama sekolah.[2] Behrs belajar di American Conservatory Theater di San Francisco, dan membuat persembahan muzikal Dangling Conversations: The Music of Simon and Garfunkel, serta pementasan Korczak’s Children, dan A Bright Room Called Day. Beliau dilatih secara klasik sebagai penyanyi. [10]

Behrs berpindah ke Los Angeles, California, pada tahun 2004, untuk belajar lakonan di UCLA School of Theater, Film and Television.[10] Pada tahun 2005, beliau melakoin watak Sandy Dumbrowski menerusi muzikal Grease di Ray of Light Theatre, San Francisco, dan dianugerahkan Miss Marin County 2006.[11][12]

Behrs mula mendapat peranan filem pertamanya menerusi komedi remaja, American Pie Presents: The Book of Love, yang difilemkan di Vancouver selama tujuh munggu bermula Mac 2009. [9]

Behrs turut pernah menjadi pelakon jemputan menerusi NCIS: Los Angelesdan Castle.[13] Pada tahun 2011, beliau menguji bakat bagi sitkom CBS, 2 Broke Girls dan ketika itu beliau bekerja sebagai pengasuh di Geffen Playhouse di Westwood. Beliau mendapat tawaran sebagai watak utama sitkom itu selepas tujuh kali uji bakat.[12]

Behrs juga merupakan seorang penulis. Bermula 2016, beliau turut membantu mencipta komik web dewasa, Dents bersama-sama rakannya Matt Doyle. Terinsipirasi dari komik X-Men, komik web ini mengangkat tema seperti seksualiti, feminisme dan isu-isu persekitaran.[14] Behrs melancarkan buku The Total Me-Tox: How to Ditch Your Diet, Move Your Body & Love Your Life pada Mei 2017, di mana beliau berkongsi kesihatan dan kebahagian beliau.[15]

Behrs dan Michael Gladis telah bertunang pada 10 Julai 2016, setelah enam tahun bertemujanji.[16] Mereka pernah muncul bersama menerusi filem pendek, The Argument, pada tahun 2012.[17]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Judul Peranan Nota
2009 American Pie Presents: The Book of Love Heidi
2011 Adventures of Serial Buddies Brittany
2012 Route 30, Too! Alien girl
2013 Monsters University Carrie Williams Suara
2015 Chasing Eagle Rock Deborah
2015 Hello, My Name Is Doris Brooklyn
Televisyen
Tahun Judul Peranan Nota
2010 NCIS: Los Angeles Episod: "Disorder"
2011 Castle Ginger Episod: "Slice of Death"
2011 Pretty Tough Regen siri Hulu
2011–2017 2 Broke Girls Caroline Wesbox Channing Watak utama
2014 40th People's Choice Awards Diri sendiri Pengacara
2015 Repeat After Me Diri sendiri 1 episod
2016 Home: Adventures with Tip and Oh Moochie Suara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2 Broke Girls Cast: Beth Behrs". CBS. Dicapai October 5, 2011. 
  2. ^ a b Larson, Vicki (September 20, 2011). "Marin's Beth Behr is 1 lucky girl for role in '2 Broke Girls'". Marin Independent Journal. Dicapai September 21, 2011. 
  3. ^ "Beth Behrs". IMDb.com. IMDb. 
  4. ^ Adams, Marv (June 5, 2011). "A star was born (here)". Lancaster Online. Dicapai September 16, 2011. 
  5. ^ a b Behrs, David (June 12, 2011). "Letters to the editor – June 12, 2011". Lancaster Online. Dicapai September 16, 2011. 
  6. ^ Loughlin, Sue (October 26, 2007). "The Woods installs first male president". Tribune-Star. Dicapai September 16, 2011. 
  7. ^ Werts, Diane (September 9, 2011). "Behrs bears up to be a 'Broke' girl". Variety. Dicapai September 16, 2011. 
  8. ^ Gillis, Casey (May 22, 2012). "E.C. Glass's drama director to retire". The News & Advance. Diarkibkan daripada asal pada May 24, 2012. Dicapai August 9, 2012. 
  9. ^ a b Crocker, Amy (December 30, 2009). "SFist Interviews: Beth Behrs, a Direct-to-DVD American Pie Sequel Actress from Marin". SFist. Dicapai September 16, 2011. 
  10. ^ a b Mai, Denise (January 3, 2010). "Alumna makes film debut". Daily Bruin. Dicapai September 16, 2011. 
  11. ^ "In the Spotlight". Ray of Light Theatre. Dicapai September 20, 2011. 
  12. ^ a b Storm, Jonathan (September 24, 2011). "Jonathan Storm: Advice on how not to be one broke girl". Philadelphia Inquirer. Dicapai September 24, 2011. 
  13. ^ Lash, Jolie (September 19, 2011). "Rising Star: '2 Broke Girls' Actress Beth Behrs". Access Hollywood. Dicapai September 19, 2011. 
  14. ^ Ong, Czarina Nicole (2016-03-01). "'2 Broke Girls' Star Beth Behrs Launches Webcomic 'Dents'". Fashion & Style. 
  15. ^ Abbey, Alison (April 28, 2017). "2 Broke Girls Star Beth Behrs On Her New Book, Her Journey to Wellness and Her Favorite Way to Get Her Greens". Parade. Dicapai March 3, 2017. 
  16. ^ Johnson, Zach (July 11, 2016). "2 Broke Girls' Beth Behrs Engaged to Michael Gladis". E! News. Dicapai July 11, 2016. 
  17. ^ "The Argument with Beth Behrs & Michael Gladis". Funny or Die. Dicapai May 12, 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]