Biopolis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 1°18′9″N 103°47′30″E / 1.30250°N 103.79167°E / 1.30250; 103.79167

Biopolis di Buona Vista

Biopolis (Mandarin: 启奥城, dari Bahasa Yunani bio, kehidupan + polis, bandar) merupakan pusat penmbangunan dan penyelidikan antarabangsa untuk sains bioperubatan di Singapura. Terletak di one-north, Buona Vista, dan berdekatan dengan Universiti Nasional Singapura, Politeknik Singapura, Institut Pendidikan Teknikal, Hospital Universiti Nasional, Taman Sains Singapura, Kementerian Pelajaran, Sekolah Perniagaan ESSEC, Sekolah Perniagaan INSEAD, serta Fusionopolis. Kampus ini ditujukan untuk memberi wadah kepada penyelidikan bioperubatan, aktiviti pembangunan, menggalakkan ulasan sejawat serta kolaborasi antara masyarakat saintifik baik peribadi mahupun umum.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Fasa 1[sunting | sunting sumber]

Patung Dandelion di Biopolis

Fasa 1 Biopolis, direka bentuk oleh arkitek ternama Zaha Hadid, merupakan kompleks bioperubatan seluas 185,000 m², terdiri dari tujuh bangunan yang mula dibina dari Jun 2003 hingga Mac 2004 dengan kos S$500 juta. Tujuh bangunan tersebut dinamakam: Nanos, Genome, Helios, Chromos, Proteos, Matrix, dan Centros. Beberapa lembaga pemerintahan, institusi penyelidikan umum serta makmal penyelidikan dari syarikat farmaseutikal dan bioteknologi terletak di sini.[1]

Fasa 2[sunting | sunting sumber]

Fasa 2 Biopolis siap pada Oktober 2006, yang terdiri dari 2 blok bernama Neuros dan Immunos, yang akan menampung penyelidikan sains saraf dan immunologi. Kompleks setinggi tujuh tingkat dan seluas 37.000 m² direka bentuk dan dibangunkan selama 18 bulan dengan kos S$70 juta. Penambahan baru meningkatkan kompleks penyelidikan Biopolis menjadi 222.000 m², atau sekitar setengah dari ukuran Suntec City.[2][3]

Fasa 3[sunting | sunting sumber]

Fasa Biopolis 3, terdiri dari 2 blok, Synapse dan Amnios, diserahkan kepada Crescendas Group oleh JTC Corporation.

Fasa 4[sunting | sunting sumber]

Fasa 4 Biopolis, Procter & Gamble Singapore Innovation Centre, disampaikan oleh JTC Corporation pada 25 Januari 2010, dan dibuka pada 28 Mac 2014. Ini merupakan pelaburan terbesar dalam kemudahan penyelidikan swasta di Singapura dengan nilai S$250 juta.[4]

Fasa 5[sunting | sunting sumber]

Fasa 5 Biopolis, terdiri dari Nucleos, siap pada 2014. Diperuntukan untuk uji pra-klinikal.

Fasa 6[sunting | sunting sumber]

Pada 27 November 2019, Menteri Kanan Negara untuk Perdagangan dan Industri Koh Poh Koon mengumumkan bahawa Fasa 6 Biopolis akan dibangunkan pada pertengahan 2022 untuk memenuhi permintaan dari perusahaan pemula bioteknologi. Perluasan Biopolis ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk menyokong syarikat pemula dengan lebih baik. Fasa 6 Biopolis akan menambah 35.000 m² untuk aktiviti penyelidikan (termasuk 2.000 m² makmal), dan juga 6.000 m² untuk pejabat dan peruncitan.[5]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Bagi khalayak umum, Biopolis memiliki lapan kedai, empat restoran, empat kafe, medan selera dengan 300 kerusi, restoran makanan segera, pab dan pusat penjagaan kanak-kanak.

Auditorium[sunting | sunting sumber]

Bagi para penghuninya, Biopolis memiliki auditorium dengan 480 keruai dan empat bilik kuliah dengan 250 kerusi. Juga mempunyai 13 bilik mesyuarat.

Penginapan[sunting | sunting sumber]

Rochester ialah pe,bamgunan utama di Vista Xchange, one-north, pembangunan serba guna terdiri dari tempat tinggal peribadi, pangsapuri, bilik hotel, kemudahan rekreasi dan peruncitan.

One north Residences ialah projek kependudukan lain yang siap dibangunlam di one-north.

Program seni Biopolis[sunting | sunting sumber]

Sebuah patung di Biopolis

Sebuah inisiatif dalam program seni one-north, one-north Development Group (oDG) dari JTC Corporation melancarkan Program Seni Biopolis pertama di one-north pada 14 Mei 2002. oDG menyokong pembinaan komuniti seni tempatan dan panca ragam, dengan bersama-sama membangunkan dan mendanai program seni di one-north. Semua prouek pembangunan di one-north akan didorong untuk menyumbang dalam pendanaan karya seni yang signifikan.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Axel Gelfert, "Before Biopolis: Representations of the Biotechnology Discourse in Singapore", East Asian Science, Technology and Society Vol. 7 (1) 2013, pp. 103-123
  2. ^ Daryl Loo, "2 new Biopolis blocks to beef up research", The Straits Times, 31 October 2006
  3. ^ Tan Hui Leng, "Biopolis booster for local biomed scene", Today, 31 October 2006
  4. ^ "P&G opens S$250m Innovation Centre in S'pore". Today. Mediacorp. 28 March 2014. Dicapai pada 13 March 2017.
  5. ^ Tan, Sue-Ann (27 November 2019). "Biopolis to expand as part of moves to better support biotech start-ups". The Straits Times. Dicapai pada 18 December 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]