Bob Denver

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bob Denver
Bob Denver, 1977.jpg
Bob Denver di McCleansboro, Illinois (1977)
Kelahiran Robert Osbourne Bob Denver
9 Januari 1935

Robert Osbourne "Bob" Denver (9 Januari 19352 September 2005) merupakan pelakon Amerika Syarikat yang popular menerusi watak Gilligan dalam siri komedi Gilligan's Island. Namun, sebelum itu beliau mula menceburi bidang lakonan menerusi siri TV The Many Loves of Dobie Gillis sebagai Maynard G. Krebs (1959-1963).

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Denver dilahirkan di New Rochelle, New York dan dibesarkan di Brownwood, Texas. Beliau merupakan graduan dari Universiti Loyola (kini dikenali sebagai Universiti Loyola Marymouth) di Los Angeles, California. Beliau pernah menjadi posmen selain sebagai guru matematik dan jurulatih pendidikan fizikal di Corpus Christi School di Pacific Palisades, California.

Beliau mendapat watak sebagai Maynard G. Krebs menerusi siri TV The Many Loves of Dobie Gillis pada 1959. Denver muncul menerusi filem For Those Who Think Young (1964) bersama Tina Louise.

Apabila siri TV Dobie Gillis tamat pada 1963, Denver mendapat watak sebagai Gilligan menerusi Gilligan's Island.

Pada 1998, Denver telah ditahan kerana memiliki marijuana yang dihantar ke rumahnya. Beliau mengatakan bahawa bungkusan marijuana itu datang dari Dawn Wells (memegang watak sebagai "Mary Ann" menerusi Gilligan's Island) tetapi kemudiannya menafikan pembabitan Dawn Wells sebaliknya menuduh peminat beliau yang menghantar kepadanya. Selain itu, pihak polis juga menjumpai beberapa jenis dadah di rumah beliau. Akhirnya beliau mengaku bersalah dan menerima hukuman masa percubaan dengan pantauan pegawai polis selama enam bulan.[1] [2]

Beliau meninggal dunia pada 2 September 2005 kerana radang paru-paru[3] di Wake Forest University Baptist Hospital yang terletak di Winston-Salem, North Carolina pada usia beliau 70. Beliau meninggalkan seorang isteri beliau yang masih sah dan empat orang anak dari empat perkahwinan yang berbeza; Patrick, Megan, Emily, dan Colin.

Lakonan[sunting | sunting sumber]

  • Meego .... Gilligan (1 episod, 1997)
  • Roseanne .... Jackie (1 episod, 1995)
  • Baywatch .... Willy Gilligan (1 episod, 1992)
  • Bring Me the Head of Dobie Gillis (1988) (TV) .... Maynard G. Krebs
  • ALF .... Gilligan (1 episod, 1987)
  • The New Gidget .... Gilligan (1 episod, 1987)
  • Back to the Beach (1987) .... Bartender
  • High School U.S.A. (1983) (TV) .... Milton Feld
  • Fantasy Island .... Don Winters / Tim Kearns / Francis Elkins / Morris Binstock. (4 episod, 1980-1983)
  • The Invisible Woman (1983) (TV) .... Dr. Dudley Plunkett
  • Gilligan's Planet (1982) Siri TV (suara) .... Gilligan (1982-1983)
  • Scamps (1982) (TV) .... Oliver Hopkins
  • The Love Boat .... Jason ... (3 episod, 1979-1982)
  • Twilight Theater (1982) Siri TV
  • The Harlem Globetrotters on Gilligan's Island (1981) (TV) .... Gilligan
  • The Castaways on Gilligan's Island (1979) (TV) .... Gilligan
  • Rescue from Gilligan's Island (1978) (TV) .... Gilligan
  • Whatever Happened to Dobie Gillis? (1977) (TV) .... Maynard G. Krebs
  • Far Out Space Nuts .... Junior (1 episod, 1975-1977)
  • The New Adventures of Gilligan (1974) Siri TV (suara) .... Willy Gilligan (1974-1977)
  • Dusty's Trail .... Dusty (26 episod, 1973-1974)
  • Love, American Style .... (4 episod, 1970-1973)
  • The Good Guys (1968) .... Rufus Butterworth (1968-1970)
  • Did You Hear the One About the Traveling Saleslady? (1968) .... Bertram Webb
  • The Sweet Ride (1968) .... Choo-Choo
  • I Dream of Jeannie .... Harold (1 episod, 1967)
  • Who's Minding the Mint? (1967) .... Willie Owens
Fail:3449-0032.jpg
Bob Denver sebagai Gilligan menerusi Gilligan’s Island
  • Gilligan's Island .... Gilligan ... (1962-1966)
  • For Those Who Think Young (1964) .... Kelp
  • Make Room for Daddy .... Herbie (1 episod, 1964)
  • The Andy Griffith Show .... Dud Wash (1 episod, 1964)
  • Gilligan's Island: Marooned (1964) (TV) .... Gilligan
  • Take Her, She's Mine (1963) (menggunakan nama Robert Denver) .... Emmett, penyanyi di Sleeping Pill Coffeehouse
  • The Farmer's Daughter .... Lieutenant Tenner (1 episod, 1963)
  • Dr. Kildare .... Dr. Paul Garrett (1 episod, 1963)
  • The Many Loves of Dobie Gillis .... Maynard G. Krebs (1959-1963)
  • A Private's Affair (1959) .... MacIntosh

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Gilligan's No Dope: Cops Plea Joal Ryan at eonline.com August 27, 1998
  2. Gilligan's Dreams Dana Stevens at slate.msn.com, September 6, 2005
  3. North Carolina Death Certificate (September 7, 2005) via Find A Grave.

External links[sunting | sunting sumber]