Dawn Wells

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dawn Wells
Dawn Wells Gilligan's Island 1964.jpg
Kelahiran Dawn Wells
18 Oktober 1938
Pasangan Larry Rosen (bercerai pada 1967) & Tom Irvin

Dawn Wells (lahir pada 18 Oktober 1938 di Reno, Nevada) merupakan seorang pelakon Amerika Syarikat yang terkenal menerusi watak beliau sebagai Mary Ann Summers di dalam siri komedi Gilligan's Island, yang telah disiarkan menerusi CBS bermula 1964 sehingga 1967.

Wells pernah menuntut di Stephens College di Columbia, Missouri, dalam bidang kimia. Beliau kemudiannya berpindah ke Universiti Washington di Seattle dan tamat pengajian pada tahun 1960 dengan ijazah dalam teater.

Pada 1959, Wells mendapat gelaran Miss Nevada. Selepas berhijrah ke Hollywood, beliau terbabit sebagai watak pembantu menerusi siri TV seperti 77 Sunset Strip, Maverick, dan Bonanza sebelum mendapat watak sebagai Mary Ann menerusi Gilligan’s Island..

Beliau dan Michael Dante terbabit dalam sebuah filem bebas , "Winterhawk" (1975).

Hari ini, beliau sedang mengusahakan perniagaan yang berjaya dalam bidang pembuatan pakaian dengan mobiliti yang terhad.

Bermula 27 Oktober 1962 sehingga tahun 1967, beliau telah mengahwini Larry Rosen. Untuk masa yang panjang, beliau bersama dengan Tom Irvin.[1]

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]