Pergi ke kandungan

Bola tampar pantai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bola tampar pantai
Gelanggang bola tampar pantai di Johor, Malaysia.
Badan induk tertinggiKesatuan Bola Tampar Antarabangsa
Pertama kali dimainkan1915 di Outrigger Canoe Club, Waikiki, Hawaii
Ciri-ciri
ContactTiada
Ahli pasukan2
JenisLuar
PeralatanBola tampar pantai
Kemunculan
Negara atau wilayahSeluruh dunia
Sukan OlimpikSejak 1996

Bola tampar pantai ialah sejenis sukan yang dimainkan oleh dua pasukan di atas gelanggar berpasir dibahagikan jaring. Sukan ini bertujuan sama seperti sukan induknya bola tampar iaitu menghantar bola melepasi jaring ke sisi lawan serta menghalang perkara yang sama berlaku pada sisi pasukan sendiri. Pasukan dibenarkan tiga sentuhan untuk mengembalikan bola ke sebelah jaring. Bola dihantar dengan membuat servis dari belakang garis sempadan gelanggang melepasi jaring ke arah lawan. Permainan berterusan sehingga bola jatuh, "terkeluar", atau tidak dikembalikan dengan betul.[1][2] Pasukan yang memenangi pusingan meraih satu mata dan membuat servis untuk memulakan pusingan yang berikut. Sebanyak empat pemain bermain mengikut dalam urutan yang sama sepanjang perlawanan, di mana pembuat servis bertukar setiap kali pusingan dimenangi oleh pasukan yang berlawanan.

Peraturan sukan

[sunting | sunting sumber]

Gelanggang

[sunting | sunting sumber]

Sukan ini dimainkan di atas sebuah gelanggang segi empat tepat berpermukaan pasir. Luas gelanggang ditetapkan sepanjang 16 meter dan selebar 8 meter dikelilingi ruang kosong selebar 3 meter di kesemua arah manakala had ketinggian gelanggang ditetapkan maksimumnya pada 7 meter. Pasir gelanggang mesti diratakan sebaiknya serta dibuang segala bedndasing yang boleh menyebabkan kecederaan kepada para pemain.[3]

Gelanggang dibahagikan dua oleh sebuah jaring selebar 1 meter dan sepanjang 8.5 meter.[3]

Penyertaan

[sunting | sunting sumber]

Hanya dua pemain sahaja yang dibenarkan dalam satu pasukan tanpa sebarang pengganti, maka kemahiran yang pelbagai sangat diperlukan dalam bilangan pemain yang lebih terhad ini.[4][5] Pelatih juga dilarang terlibat sewaktu perlawanan berlangsung, namun terdapat pengecualian untuk perlawanan peringkat kanak-kanak.[3] Pemain dalam psukan boleh bertukar-tukar posisi tanpa sebarang batasan yang dikenakan (sepertimana yang dikenakan kepada pemain libero dan belakang dalam bola tampar biasa).

  1. ^ "Official Beach Volleyball Rules (2009-2012)" (PDF). Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa. Dicapai pada 22 Mac 2018.
  2. ^ "OFFICIAL BEACH VOLLEYBALL RULES 2013-2016" (PDF). Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa. Dicapai pada 22 Mac 2018. line feed character in |title= at position 33 (bantuan)
  3. ^ a b c "OFFICIAL BEACH VOLLEYBALL RULES 2017-2020" (PDF). Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa. 2016. Dicapai pada 20 Mac 2018.
  4. ^ Kessel, John. "Hosting a Successful Beach Clinic". USA Volleyball. Dicapai pada March 20, 2018.
  5. ^ "Sand vs. Indoor Volleyball: The Same, But Different". Austin Fit Magazine.