Booloo (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Booloo
Filem Booloo.jpg
Promosi dan iklan filem Booloo dalam bahasa Jerman.
PengarahClyde E.Elliot
PenulisLakon layar:
Dibintangi olehCOLIN TAPLEY (Robert Rogers) JAYNE REGAN (Kate Jaye) MAMO CLARK (Gadis Orang Asli, Nieewah) MICHIO ITO (Ketua Sakai) HERBER DE SOUZA (Rod De Souza) FRED PULLEN (Nah Laku) CLAUDE KING (Fenton) WILLIAM STACK (Stanley Jaye) JOHN SUTTON (Ferguson) AH LEE (Lee) IVAN F. SIMPSON LIONEL PAPE NAPIER RAIKES CLIVE MORGAN COLIN KENNY PHILIPS SMALLEY
Muzik olehKarl Hajos Benhard Kaun
SinematografiCarl Berger Henry Sharp Ben Wetzler
Disunting olehEda Warren
PengedarParamount Picture
Mula ditayangkan
26 Julai 1938
Tempoh tayangan
61 minit
NegaraMalaya (Malaysia & Singapura)
BahasaBahasa Inggeris


Filem Booloo merupakan sebuah filem yang dirakamkan di Malaysia pada tahun 1938. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.Filem Booloo diarah oleh pengarah Clyde E.Elliot dan diterbitkan oleh Syarikat Paramount.Pelakon-pelakon filem ini ialah Ratna Asmara, Fred Polin (sebenarnya Fred Pullen), beberapa orang pelakon opera dan artis-artis Amerika.

Dalam buku Kaca Permata di muka 239, karya Jamil Sulong , penggambaran penggambaran filem "Booloo" dilakukan di Ipoh, Perak pada tahun 1937 dan juga di beberapa tempat lain termasuk Singapura.

Filem ini dirakam di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, British, dan Jerman.

Iklan mengenai usaha rakaman cerita ini diterbitkan di dalam akhbar The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser pada tarikh 29 Julai 1937.[1]


Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Colin Tapley ... Kapten Robert Rogers
  • Jayne Regan ... Kate Jaye
  • Mamo Clark ... Wanita Orang Asli
  • Herbert De Souza ... Rod DeSouza (sebagai Herbert DeSouza)
  • Fred Pullen ... Nah Laku
  • Claude King ... Major Fenton
  • William Stack ... Kolonel Stanley Jaye
  • Ivan F. Simpson ... Gabenor 1 (sebagai Ivan Simpson)
  • Lionel Pape ... Gabernor 2
  • Napier Raikes ... Gabernor 3
  • Clive Morgan ... Pengendali Radio
  • Colin Kenny ... Pengendali Radio
  • Phillips Smalley ... Gabernor 4
  • John Sutton ... Ferguson
  • Ah Lee ... Lee

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Pegawai British, Robert Rogers, telah menulis buku mengenai harimau putih dan ramai gadis orang asli dikorbankan oleh puak Sakai di Malaya dan Singapura. Tetapi para pengkritik (yang tidak percayakan wujudnya harimau putih) mempersendakan bukunya itu.

Oleh kerana buku tersebut ditulis berdasarkan cerita oleh ayah Robert Rogers yang disampaikan kepadanya, tidak ada cara lain melainkan dia pergi sendiri ke Malaya dan Singapura bagi membuktikan apa yang dikatakan oleh ayahnya itu benar lebih-lebih lagi sejak London Explorere's Soceity mengalihkan plaque ayahnya dari dinding peringatan (sebagai penghormatan) di bangunannya.

Ketika memburu harimau putih itu, Robert Rogers telah ditangkap oleh puak orang asli yang ganas, dicakar oleh harimau, menyelamatkan Mamo Clark daripada menjadi korban, pertembungannya dengan ular sawa dan berbagai-bagai lagi.

Akhirnya, Robert Rogers berjaya dalam membuktikan kesahihan cerita yang terdapat dalam bukunya itu, dan apabila dia pulang didapatinya plaque ayahnya telah diletakkan semula ke tempat asalnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]