Ipoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandaraya Ipoh
اڤوه
Logo rasmi Majlis Bandaraya Ipoh

Lambang
Motto: Bandar Raya Ipoh, Bersih dan Indah
Negara Malaysia
Negeri Perak
Ditubuhkan Sekitar 1880
Kerajaan
 • Datuk Bandar Datuk Harun Rawi
Keluasan
 • Jumlah 643 km2 (248.268 sq mi)
Ketinggian 21.95 m (72 ft)
Populasi (2010)
 • Jumlah 710,798[1]
 • Kepadatan 1,002.80/km2 (2,597.20/sq mi)
Zon waktu MST (UTC+8)
 • Musim panas (DST) Musim Panas dan Hujan (UTC)
Laman web www.mbi.gov.my

Ipoh ialah bandar raya keempat terbesar di negara Malaysia. Ipoh terletak di tengah-tengah Malaysia dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya ketiga diwujudkan di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan George Town sahaja. Datuk Bandar Ipoh sekarang ialah Datuk Harun Rawi. Ipoh juga merupakan salah satu bandaraya yang sedang pesat membangun.

Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "pokok Ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.

Ipoh mendapat status bandar raya pada 27 May 1988, oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah. Ia terbahagi dua oleh Sungai Kinta kepada Bandar Baru Ipoh dan Bandar Lama Ipoh. Kini, "Ipoh" telah berada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, di mana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh.

Majlis Bandaraya Ipoh[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan fakta-fakta yang boleh diungkapkan dengan kewujudan Bandaraya Ipoh dan serba sedikit mengetahui tarikh-tarikh Ipoh ditubuhkan.

Permandangan Bandaraya Ipoh dari Hotel Casuarina
Suasana ditengah bandar Ipoh
Greentown Walk
  • 01.01.1980 - Majlis Perbandaran Ipoh ditubuhkan
  • 12.05.1988 - Ipoh diisytiharkan sebagai bandaraya.
  • 01.10.1989 - MBI mengambil alih pentadbiran Zon Perdagangan Bebas di Jelapang II seluas 3394 hektar.
  • 21.03.1989 - MBI menjalin hubungan di antara Bandaraya Ipoh dan Bandaraya Fukuoka, Jepun sebagai bandaraya kembar.
  • 1990 - MBI melancarkan kempen MBI bersih dan indah.
  • 1991 - Penduduk Bandaraya Ipoh seramai 382,633 orang dengan keluasan 134.7 km/persegi.
  • 1991 - Menaik taraf perpustakaan Tun Abdul Razak.
  • 1991 - Melebarkan Jalan Sultan Iskandar Shah ke Jalan Chung Thye Pin.
  • 1993 - Menaik taraf Taman Dr Seenivasagam dengan kos RM800,000.
  • 1994 - Melebarkan Jalan Lim Boo Seng dengan kos RM2.8 juta.
  • 1994 - Melebarkan jalan dari Jalan Raja Nazrin Shah ke Pekan Razaki.
  • 1994 - Melebarkan Jalan Raja Muda Musa Mahadi ke Jalan Sultan Azlan Shah.
  • 1994 - Membina 60 buah pondok bas di sekitar bandaraya dengan kos RM 350,000.
  • Terdapat beberapa pekan dan bandar disekitar Ipoh di bawah pentadbiran MBI:
  1. Ampang
  2. Bercham
  3. Buntong
  4. Falim
  5. Gugusan Manjoi
  6. Gunung Rapat
  7. Ipoh Garden
  8. Jelapang
  9. Klebang
  10. Lahat
  11. Meru
  12. Menglembu
  13. Pasir Puteh
  14. Pekan Baru
  15. Pekan Lama
  16. Pengkalan
  17. Simpang Pulai
  18. Silibin
  19. Station 18
  20. Sunway City
  21. Tambun
  22. Taman Cempaka Ipoh
  23. Tanjung Rambutan
  24. Tasek


Permandangan Bandaraya Ipoh

Populasi[sunting | sunting sumber]

Penduduk di Ipoh adalah terdiri daripada majoriti kaum Cina. Dialek Cina Kantonis adalah bahasa pengantar orang-orang Cina di sini walaupun terdiri daripada kebanyakan kumpulan dialek Cina Hakka, dan Cina Kantonis. Kebanyakan penduduk di Ipoh bertumpu di Menglembu, Buntong, Tasek, Ampang, Bercham serta Pasir Puteh menjadikan keluasan bandaraya Ipoh menjadi semakin besar jika diambil kira pekan-pekan yang terdapat di sekitar pinggir Bandaraya Ipoh.

Ipoh masih menjadi salah satu bandaraya terbesar di Malaysia,walaupun status bandaraya kedua terbesar di Malaysia itu telah di ambil-alih oleh George Town dan Johor Bahru disebabkan kepesatan pembangunan di bandar-bandar tersebut. Statistik populasi adalah seperti berikut:

  • Populasi = 710,798 (2007)
  • Populasi sekitar bandar = 1,022,240 (2007) [1]
  • Tangga : Ke-empat terbesar bandar-bandar sekitar di Malaysia.
Kumpulan Etnik di Ipoh, 2004 [2] [3]
Etnik Populasi Peratus
Cina 451,361 37.0%
Melayu 109,616 27.0%
India 80,600 12.5%
Lain-lain 3225 10.5%

Destinasi pelancongan[sunting | sunting sumber]

Lost World of Tambun

Merupakan tarikan di Sunway City Ipoh yang terletak di Tambun. Lost World of Tambun adalah antara taman tema air di Perak. Taman Tema ini akan membawa anda ke pengembaraan yang penuh dengan keseronokan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.Terletak di antara kawasan rimbunan kehijauan dan batu kapur, Lost World of Tambun menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti PetAting Zoo, Tin Valley, Team Building Park dan Kolam Air Panas.

Muzium Darul Ridzuan

Muzium ini terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan berhampiran dengan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Dibuka kepada pengunjung pada tahun 1992. Bangunanya telah dibina lebih dari 100 tahun yang lalu. Ia memaparkan pelbagai jenis artifak yang menarik dan memberi maklumat tentang sejarah pembangunan bandaraya Ipoh terutamanya dalam sektor perlombongan bijih timah.

Muzium Geologi

Muzium ini mula ditubuhkan sejak tahun 1957.Ia memaparkan pelbagai jenis mineral, batuan fosil dan batu permata dari dalam dan luar negara. Terletak di Jalan Sultan Azlan Shah.

Tokong Gua

Sepanjang Jalan Raja Nazrin Shah, terdapat banyak tokong-tokong gua yang menjadi tarikan pelancong di bandaraya ini. Nam Tin Tong, Koon Yam Tong, Sam Poh Tong, Ling Sen Tong dan Kek Look Tong merupakan tokong yang popular di Ipoh. Dinding gua dihiasi dengan pelbagai lukisan dan kaligrafi Cina yang berunsurkan agama Tao dan Buddha. Di Jalan Kuala Kangsar pula terdapat satu tokong bernama Perak Tong.

Tokong Paloh Ku Miew

Paloh Ku Miew ialah tokong tertua di Ipoh, yang menyembah Tai Pak Koong, dewa tempatan yang melindungi kaum Cina apabila mereka mula-mula menetap di Ipoh. Antara penyumbang utama kepada tokong ini ialah Yau Tet Shin, seorang pelombong yang sangat terkenal pada masa itu. Tokong ini dapat dilihat daripada Jambatan Sultan Iskandar.

Masjid Panglima Kinta

Masjid ini dibina oleh Dato Panglima Kinta yang merupakan pembesar bandaraya ini dahulu. Masjid ini terletak di pekan baru Ipoh. Di sebelah masjid terdapat tanah perkuburan bagi kaum kerabat Dato Panglima Kinta. Terletak di Jalan Masjid dan berdekatan Sungai Kinta.

Taman Dr Seenivasagam

Taman yang terletak di tengah bandar Ipoh ini merupakan salah satu taman yang popular di Ipoh. Sesuai untuk pengunjung melepaskan lelah dan beriadah kerana taman ini mempunyai trek motorsikal mini, kolam ikan, tasik serta padang yang agak luas. Taman ini jugak mempunyai replika Taman Jepun yang terletak berdekatan dengan pintu masuk utamanya.

Pekan Lama

Bangunan yang terdapat di Pekan Lama Ipoh sangat unik dan mempunyai nilai sejarah yang amat beharga. Bangunan Stesyen Kereta Api, Dewan Perbandaran Ipoh, Pejabat Pos Lama dan Jam Peringatan Birch merupakan antara bangunan yang mendapat perhatian pelancong. Terdapat juga bangunan-bangunan yang telah dijadikan kafe. Perak Tourism Hub juga telah melancarkan Jejak Warisan Ipoh, Jejak Mural Ipoh dan Jejak Makanan Ipoh sebagai salah satu produk pelancongan di bandaraya ini.

Riverwalk @ Kinta Riverfront

Merupakan kawasan tarikan pelancong. Terletak di sepanjang tebing Sungai Kinta di antara Jalan sultan Iskandar dan Jalan Lim Bo Seng. Dihiasi dengan pokok LED memberikan satu pemandangan cantik untuk sungai ini pada waktu malam. Terdapat kemudahan hotel dan servis apartment. Rumah kedai juga turut dibina sepanjang tebing sungai begitu juga replika jambatan yang popular di dunia.

Pusat Membeli-belah[sunting | sunting sumber]

-Siap dibina:

  • AEON Station 18 pengkalan
  • AEON Jusco Kinta City
  • Ipoh Parade Shopping Centre
  • Angsana Ipoh Mall
  • De Garden Mall
  • Glamour Square
  • Pengkalan Emas Mall
  • Kompleks Yik Foong
  • Econsave Jalan Kampar
  • Econsave Bandar Baru Sri Klebang
  • The Store Jalan Kampar
  • The Store Jalan Yau Tet Shin
  • Tesco Extra Ipoh Garden
  • Tesco Extra Taman Tasek Indra
  • Tesco Station 18
  • Giant Sunway City
  • Giant Bercham
  • Festival Walk
  • Mydin Mall Meru
  • Mydin Manjoi

-Dalam pembangunan dan perancangan:

  • I-Avenue
  • Lang Valley Mall
  • Sunway Lost World Mall
  • Vivo Square
  • Tin City
  • Basco Avenue
  • Aeon Klebang
  • Tesco Bandar Baru Sri Klebang
  • Ampang Centre Point
  • Aeon Big Falim
  • Jelapang SQ
  • Silibin Centre Point
  • Ipoh Convention Centre (pembangunan bercampur)

Pembangunan Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kawasan Greentown telah menjadi pusat tumpuan pembangunan selepas Greentown Bussines Centre dibuka. Kawasan ini dipenuhi dengan kedai makan, pejabat, butik dan pub telah merancakkan ekonomi bandaraya ini.

Medan Ipoh Bistari yang terletak bersebelahan dengan Ipoh Garden telah menjadi kawasan hot spot bagi penduduk di bandaraya ini. Kawasan ini yang dipenuhi dengan kedai makan dan pub akan hidup sepenuhnya pada malam hari.

Lost World of Tambun telah dapat menarik pelancong untuk datang ke Ipoh. Taman tema ini terletak di dalam kawasan Sunway City Ipoh. Bersebelahan dengan taman tema ini terletaknya Banjaran Hot Spring. Banjaran Hot Spring mempunyai kolam air panas semula jadi dan telah mendapat pengiktirafan.

Bandar Meru Raya yang terletak di utara Ipoh telah mendapat pengiktirafan MSC yang pertama di Perak. Banyak projek bernilai tinggi sedang dibangunkan antaranya Movie Animation Park Studio. Di sini juga menempatkan Terminal Amanjaya. Bandar baru ini akan menjadi mini Putrajaya untuk Bandaraya Ipoh.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Pusat kesihatan[sunting | sunting sumber]

Awam[sunting | sunting sumber]

Hospital Raja Permaisuri Bainun, merupakan salah satu hospital hak milik penuh kerajaan dan merupakan hospital yang terbesar di Ipoh dan Perak. Ia terletak berdekatan dengan kawasan Fair Park and Pusat Perdagangan Greentown. Tidak jauh dari kawasan Hospital itu, terdapat Klinik Kesihatan Greentown yang juga milik penuh kerajaan.

Swasta[sunting | sunting sumber]

Selain dari Hospital kerajaan, terdapat juga Pusat Perubatan swasta yang terletak disekitar bandaraya Ipoh:

  • Hospital Pakar Ipoh (KPJ)
    • dikenali juga sebagai Pusat Perubatan Pakar Ipoh.
  • Pusat Perubatan Kinta
  • Hospital Pakar Komuniti Perak
    • dikenali juga sebagai Perak Chinese Maternity Hospital, terletak di Jalan Kampar
  • Hospital Fatimah
  • Pantai Puteri Hospital

Sekolah (rendah dan menengah)[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa sekolah di Ipoh dan juga sekolah yang telah dibina hampir se-abad yang lalu. Diantaranya termasuklah:

  • Anderson School Ipoh @ Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson
  • Anglo-Chinese School Ipoh @ Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Ipoh
  • Ave Maria Convent
  • Ipoh International School (IIS)
  • Methodist Girls School Ipoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji
  • SMJK Perempuan Perak
  • Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
  • Sekolah Izzuddin Shah
  • Sekolah Kebangsaan Dato' Panglima Kinta
  • Sekolah Kebangsaan Manjoi 1 & 2
  • Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan
  • Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMARI)
  • Sekolah Menengah Doktor Megat Khas Ipoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Ipoh (Main Convent)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan JalanTasek
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya Ipoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Dato' Ahmad Said Ipoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Pasir Puteh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Menglembu
  • sekolah menengah kebangsaan dato haji mohd taib, chemor
  • Sekolah Menengah Agama Darul Taqwa ,Tanjong Rambutan
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia (6J)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan (SRC)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Ipoh (RPS)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan ,Ipoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Jaya
  • Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA)
  • Sekolah Menengah Seri Intan
  • Sekolah Menengah Seri Putera
  • Sekolah Menengah Sri Ampang
  • Kolej Vokasional Lebuh Cator Ipoh ( KVLC )
  • Sekolah Menengah Teknik Ipoh Persiaran Brash
  • Sekolah Raja Perempuan Taayah
  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh
  • SM Raja Chulan Ipoh
  • SMJK Sam Tet Secondary School
  • SRJK(C) Sam Tet Primary School
  • SMJK Poi Lam
  • SJK (C) Poi Lam
  • SMJK Yuk Choy
  • SRJK(C) Yuk Choy
  • SRK La Salle Ipoh
  • SRK MARIAN CONVENT
  • St Michael's Institution
  • Tarcisian Convent
  • Yuk Choy (SUWA) Independent High School
  • SJK(T) St. Philomena Convent
  • Wesley Methodist School Ipoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji, Ipoh
  • SJK(T)PERAK SANGEETHA SABAH,IPOH PERAK

Institut pengajian tinggi[sunting | sunting sumber]

  • Universiti Teknologi MARA Perak
  • Universiti Teknologi Petronas
  • Institut Teknologi Cosmopoint
  • Kolej Teknologi Perak (Institut Teknologi Perak)
  • Institut Kompas Accountancy and Business College
  • Kolej WIT
  • Linton College
  • Olympia College
  • Polytechnic Ungku Omar
  • Sunway College Ipoh
  • Kolej Poly-Tech MARA
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
  • UniKL RMCP
  • TAJ College
  • KERIS College
  • Kolej Pembantu Perubatan
  • Kolej Masterskill
  • Syuen College
  • Maxwell College
  • Nursing College Ipoh
  • Quest International University Perak (QIUP)
  • UniKL MIMET(Malaysian Institute of Marine Engineering Technology)

Sukan[sunting | sunting sumber]

Terdapat satu kawasan yang luas iaitu di Kampong Simee telah dipilih oleh Dewan Bandaraya sebagai Pusat Sukan. Sukan utama yang popular bagi bola sepak dan sukan-sukan lain, juga bagi acara padang banyak berlaku di Stadium Perak. Bersebelahan Stadium Perak terdapat juga stadium tertutup, iaitu Stadium Indera Mulia, memainkan peranan sebagai hos bagi sukan badminton. Ipoh juga rumah kepada Perak FA .

Berdekatan dengan stadium terdapat Kompleks Sukan Renang yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya. Ia dibuka kepada orang umum dengan kadar harga yang berpatutan (RM1 untuk hari biasa/RM2 untuk cuti umum and hari minggu). Kompleks ini mempunyai kolam bersaiz Olimpik, kolam untuk menyelam, kolam berombak, kolam bersederhana saiz dan kolam untuk kanak-kanak.

Ipoh merupakan tuan rumah velodrom, iaitu dipanggil Velodrom Rakyat. Ia merupakan Velodrom yang pertama di Malaysia dimana ia dibina atas inisiatif Dato' Darshan Singh Gill (sekarang Tan Sri Dato' Seri). Tambahan lagi, Ipoh juga menyerlah sebagai salah satu dari beberapa bandar di Malaysia yang mempunyai "stadium astroturf" untuk sukan hoki, yang dipanggil Stadium Azlan Shah.

Untuk golf pula, padang golf popular yang terdapat di Ipoh ialah Kelab Golf Diraja Perak (sebelah Tiger Lane atau Jalan Sultan Azlan Shah). Kelab Golf Meru terletak di Jelapang. Selain itu, jalan menuju ke Batu Gajah, terletaknya Clearwater Sanctuary golf club.

Tempat bagi sukan-sukan lain termasuklah Kelab Kilat di Pasir Pinji, Padang Ipoh di Pekan Lama, Padang Polo, dan padang polo di Iskandar Polo Club, di Ampang Baru.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

  • Jalan Persekutuan: Jalan umum di Malaysia yang menghubungkan bandaraya Ipoh dengan pekan-pekan sekitarnya dan juga negeri-negeri lain.
  • Lebuhraya: Dengan terbinanya Lebuhraya Utara-Selatan, kenderaan dapat bergerak dengan pantas serta lebih efisyen berbanding jalan umum. Pemandu yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan boleh memilih susur keluar ke Ipoh daripada 5 susur keluar iaitu Simpang Pulai, Tambun, Ipoh(S), Ipoh(U) & Jelapang.
  • Keretapi: Stesen keretapi Ipoh dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan ianya terletak di Pekan Lama. Landasan keretapi ini hanya dapat menghubungkan diantara Ipoh dengan pekan dan bandar-bandar berdekatan.
  • Bas: Terminal Amanjaya merupakan terminal bas baru bagi menggantikan terminal bas lama di Silveritage. Terminal ini lebih merupakan antara terminal yang canggih di koridor utara. Reka bentuknya diilhamkan daripada bentuk kapal korek jika dilihat di bahagian sisi.
  • Udara: Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah merupakan lapangan terbang di Ipoh. Ia terletak berdekatan dengan Gunung Rapat. Lapangan terbang ini telah dinaik taraf bagi memastikan pesawat yang lebih besar boleh mendarat.

Masjid di Ipoh[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Masjid di Perak
  1. Masjid Al-Aulia Tembok]] Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh
  2. Masjid Al-Aulia Tembok Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh
  3. Masjid India Muslim Jalan Senivasagam, 30450 Ipoh
  4. Masjid Jamek Tanjung Rambutan, 31250 Ipoh
  5. Masjid Jamek Ad-Diniah , Kampung Seri Kinta, 31600 Ipoh
  6. Masjid Paloh Jalan Datoh 30000 Ipoh
  7. Masjid Panglima Kinta 30300 Ipoh
  8. Masjid As-Saadah, Kampung Dato' Ahmad Said, 30020 Ipoh
  9. Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Dairy, Ipoh
  10. Masjid Sultan Idris II (Masjid Negeri) Jalan Dato Sagor, 30000 Ipoh
  11. Masjid Ar-Rahmaniah, Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 3, 30020 Ipoh
  12. Masjid Tayibbin, Kampung Tersusun Tanah Hitam, 31200 Ipoh
  13. Masjid Al-Muttaqin Taman Meru, Jelapang, 30020 Ipoh
  14. Masjid Ahmadiah , Kampung Kepayang, Kampung Sungai Raya, 31300 Ipoh
  15. Masjid Al-huda, Kampung Sungai Tapah 30020 Ipoh
  16. Masjid Idrisiah, Kuala Pari, 31450 Ipoh
  17. Masjid Kampung Kepayang Fair Park]], Kampung Kepayang, 31400 Ipoh
  18. Masjid Raja Nazrin Shah, Kampung Rapat Jaya Tambahan 31350 Ipoh
  19. Masjid Taman Keledang Jaya 30100 Ipoh
  20. Masjid Al-Ahmadiah, Kampung Changkat Larang, Lahat 31500 Ipoh
  21. Masjid Al-Khairiah, Pengkalan Stesyen Lahat, 31500 Ipoh
  22. Masjid Ghufran, Kampung Manjoi, 30020 Ipoh
  23. Masjid Menglembu, Menglembu 31450 Ipoh
  24. Masjid Al-Furqan, Taman Pengkalan Jaya(sppk) 31650 Ipoh
  25. Masjid Al-Rahmaniah, Pengkalan Baru, Kampung Kepayang, 31300 Ipoh
  26. Masjid Ibnu Salam, Pengkalan Pegoh 31500 Lahat Ipoh
  27. Masjid Kampung Pasir Putih 31650 Ipoh
  28. Masjid Sultan Yusuf, Jalan Raja Musa Mahadi, Rapat Setia, 31350 Ipoh
  29. Masjid Kampung Taufiqiyah, Rapat Setia 31350 Ipoh
  30. Masjid Al-Ittiahadiah, Kampung Tengku Hussein Baru, Taman Silibin, 30020 Ipoh
  31. Masjid Jamil Al-Kholidi, Kampung Sengat, Sungai Raya, 31300 Ipoh
  32. Masjid Kampung Melayu, Sungai Rapat,31350 Ipoh
  33. Masjid Sultan Iskandar Shah 1, Kampung Sungai Rokam 31350 Ipoh
  34. Masjid As-Syakirin, Kampung Tersusun 31400 Tasek Ipoh
  35. Masjid As-Syarifah, Kampung Tasek 31350 Ipoh
  36. Masjid Jamek Al-Amin, Tambun 31400 Ipoh
  37. Masjid Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, 31150 Ipoh

Seni, budaya dan hiburan[sunting | sunting sumber]

Ipoh telah dilabelkan oleh para seniman dan penerbit sebagai salah satu lokasi sesuai untuk penggambaran melihatkan kepada kecantikan alam semula jadinya. Filem-filem yang diterbitkan dan dilakonkan di Ipoh diantaranya ialah:

Bandaraya kembar[sunting | sunting sumber]

Ipoh telah menjalinkan hubungan bandaraya kembar (sister city) dengan bandaraya-bandaraya berikut:

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]