Brawn GP

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 52°01′19″U 1°08′42″B / 52.02194°U 1.145°B / 52.02194; -1.145

Brawn GP
Brawngplogo.png
Nama penuh Brawn GP Formula One Team
Pangkalan Brackley, Northamptonshire, United Kingdom
Pengasas Ross Brawn
Kakitangan terbaik Ross Brawn
Nick Fry
Loïc Bigois
Jörg Zander
Pemandu terbaik United Kingdom Jenson Button
Brazil Rubens Barrichello
Nama sebelumnya Honda Racing F1 Team
Nama seterusnya Mercedes GP Formula One Team
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Enjin Mercedes-Benz FO 108W
Perlumbaan pertama Grand Prix Australia 2009
Perlumbaan 17
Kejuaraan
Pengeluar
1
Kejuaraan
Pemandu
1
Kemenangan perlumbaan 8
Podium 15
Petak pertama 5
Pusingan terpantas 4
Perlumbaan terakhir Grand Prix Abu Dhabi 2009

Brawn GP Formula One Team, nama dagangan Brawn GP Limited, adalah sebuah pasukan Formula Satu, yang terbentuk daripada pembelian pengurusan pasukan Honda Racing F1. Ia hanya bersaing pada musim 2009, dengan Jenson Button dan Rubens Barrichello menjadi pemandu pasukan. Brawn GP berjaya merangkul Kejuaraan Pengeluar, dan Button berjaya memenangi Kejuaraan Dunia Pemandu buat kali pertama. Bagi tahun 2010, Brawn GP bertukar nama dan menjadi Mercedes GP.

Dalam perlumbaan sulungnya, Grand Prix Australia 2009 pembukaan-musim, pasukan memperoleh petak pertama dan kedua dalam sesi kelayakan, dan mencatat kedudukan satu dua dalam perlumbaan. Button memenangi enam daripada tujuh perlumbaan pertama musim dan pada 18 Oktober di Grand Prix Brazil, beliau merangkul Kejuaraan Pemandu 2009 dan pasukan memenangi Kejuaraan Pengeluar. Barrichello memenangi dua kali dan berada ketiga dalam Kejuaraan Pemandu. Pasukan ini memenangi lapan daripada tujuh belas perlumbaan, dan dengan memenangi kedua-dua kejuaraan dalam satu-satunya musim dalam kejuaraan menjadi satu-satunya pasukan yang mencapai kadar kejayaan kejuaraan 100%.

Pada 16 November 2009, ia telah disahkan bahawa pasukan pembekal enjin, Mercedes-Benz, dengan kerjasama Aabar Investments yang membeli 75.1% pegangan Brawn GP, (Mercedes: 45,1%; Aabar: 30%),[1] Brawn GP dinamakan semula sebagai Mercedes GP bagi musim 2010.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Brawn GP dibentuk pada 6 Mac 2009 apabila disahkan bahawa Ross Brawn, bekas pengarah teknikal pasukan Honda Racing F1, Ferrari dan Benetton, telah membeli pasukan tersebut dari Honda[3] ekoran penarikan diri pasukan Jepun itu dari sukan tersebut pada Disember 2008. Pada 17 Mac 2009, FIA secara rasminya bersetuju untuk penukaran nama pasukan dari Honda Racing F1 ke Brawn GP. Walaupun pasukan ini dilihat sebagai kesinambungan pasukan Honda, namun Brawn GP dikira oleh FIA sebagai sebagai penyertaan baru, tetapi Keith Hayes, Timbalan Presiden FIA, bersetujumengecualikan yuran penyertaan sebagai tanda bertimbang rasa akan keadaan pasukan baru itu.[4]

Pasukan ini menggunakan enjin Mercedes-Benz.[5] Pada awal musim, ditandatanganinya beberapa penaja, termasuk Virgin, M I G Investments, Henri Lloyd dan PerkinElmer.

Musim 2009[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Oktober 2009, di Grand Prix Brazil, Button merangkul gelaran Pemandu 2009, sementara rakan sepasukannya Barrichello menyumbangkan lagi mata untuk merampas gelaran Kejuaraan Pasukan pada satu-satunya musim yang disertai pasukan mereka.

Dijual kepada Mercedes[sunting | sunting sumber]

Pada 16 November 2009, ia diumumkan secara rasmi Daimler AG dengan kerjasama Aabar Investments membeli 75.1% pegangan dalam Brawn GP (Daimler AG: 45.1%; Aabar: 30%).[6]. Laporan menyatakan kerjasama itu membayar £110m untuk 75.1%[7]. Pasukan ini akan dinamakan semula sebagai Mercedes GP untuk Formula Satu musim 2010. Baki pegangan 24.9% stake adalah kerjasama Ross Brawn dengan Nick Fry. Pasukan ini akan menggunakan pangkalan Brawn GP di Brackley untuk operasinya dan Brawn akan kekal sebagai pengarah pasukan.[6]

Keputusan[sunting | sunting sumber]

(kunci) Bold - Petak pertama
Italic - P.Terpantas

Tahun Casis Enjin Tayar Pemandu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 Mata WCC
2009 Brawn BGP 001 Mercedes-Benz FO 108W B AUS MAL CHN BHR ESP MON TUR GBR GER HUN EUR BEL ITA SIN JPN BRA ABU 172 Pertama
United Kingdom Jenson Button 1 1 3 1 1 1 1 6 5 7 7 Ret 2 5 8 5 3
Brazil Rubens Barrichello 2 5 4 5 2 2 Ret 3 6 10 1 7 1 6 7 8 4

Separuh mata diberikan kerana kurang dari 75% jarak perlumbaan dihabiskan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Ferrari
Juara Pengeluar Formula Satu
2009
Diikuti oleh:
Red Bull Racing