Briana Evigan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Briana Evigan
Briana Evigan LF adjust.jpg
Evigan di tayangan perdana Step Up 2: The Streets pada 2008
Kelahiran
Briana Barbara-Jane Evigan

(1986-10-23) 23 Oktober 1986 (umur 35)
Pekerjaan
Tahun aktif1996-kini

Briana Barbara-Jane Evigan (lahir 23 Oktober 1986) ialah seorang pelakon, penari, penyanyi, penulis lagu, dan koreografer Amerika Syariiat yang terkenal dengan wataknya dalam siri Step Up dan untuk watak scream queen dalam pelbagai filem seram. Dilahirkan di Los Angeles, Evigan ialah anak perempuan pelakon Greg Evigan dan isterinya Pamela, seorang penari, model dan koreografer. Beliau mula menari dan belakon di usia belasan tahun, menamatkan pengajian di Los Angeles Valley College dengan ijazah dalam pidato dan komunikasi.

Kehidupan awal dan peribadi[sunting | sunting sumber]

Evigan dilahirkan di Los Angeles, California, anak perempuan Pamela C. Serpe, seorang penari, model dan pelakon, Greg Evigan. Beliau berketurunan Poland (nenek sebelah bapa) dan Itali (datuk sebelah ibu).[1] Beliau ialah anak bongsu dari tiga beradik, iaitu abangnya Jason dan kakaknya, Vanessa Lee. Beliau telah belajar menari sejak berumur sembilan tahun.[2] Beliau ialah salah seorang penyanyi dan bermain keyboard untuk kumpulan Moorish Idol.[3] Beliau juga mengambil ijazah pidato dan komunikasi di Los Angeles Valley College. Beliau kini tinggal di Los Angeles, California, di mana beliau biasanya aktif di UStream, dan memiliki saluran YouTube sendiri, yang mana beliau memuatnaik video sukan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ brianaeviganfanchat (14 November 2011). "Briana Evigan on UStream.tv - 24 November 2011". UStream. Dicapai pada 14 Januari 2012.
  2. ^ BRIANA EVIGAN Wawancara di Pertunjukan Tari Dizzy Feet Foundation 29 November 2009 di YouTube.
  3. ^ Moorish Idol di MySpace Music.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]