Briged Infantri Kedua Malaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Briged Infantri Kedua Malaya adalah satu briged yang ditubuhkan oleh Pemerintahan Tentera British di Malaya (Malaya Command) sejurus sebelum Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu. Pasukan ini ditubuhkan dengan tujuan memperkukuhkan pertahanan Tanah Melayu dan Singapura dalam menghadapi Serangan Jepun.

Briged ini telah ditubuhkan pada 8 September 1940 oleh Markas Gerakan Tanah Melayu (Malaya Command) Tentera British dan dijadikan sebagai pasukan garison Singapura. 2 Briged Malaya tidkak digunakan dalam usaha menyekat kemaraan Ketumbukan Tentera Ke-25 Jepun di bawah pimpinan Tomoyuki Yamashita yang menyerang pada 8 Disember 1941.

Briged ini bersama-sama Briged Infantri Pertama Malaya diarahkan untuk menyerah diri kepada pasukan tentera Jepun selepas Jeneral A. E. Percival bersetuju menyerah kalah ada 15 Februari 1942.

Pemerintah[sunting | sunting sumber]

 Dari   Hingga   Pangkat   Nama   Perkhidmatan Tentera dan Catatan 
09-Sep-1940 15-Oct-1940 Brigedier Jeneral F Keith Simmons British
15-Oct-1940 15-Dec-1940 Leftenan-Kolonel W T Graham British
15-Dec-1940 21-Dec-1940 Leftenan-Kolonel E B Holmes British
15-Dec-1940 21-Dec-1940 Leftenan-Kolonel J M B Steer British
29-Dec-1940 14-Feb-1942 Brigadier Jeneral F H Fraser British

Sejarah Unit[sunting | sunting sumber]

 Dari   Hingga   Unit   Catatan & Tentera 
14-Sep-1940 14-Feb-1942 Bn Pertama Rejimen Manchester Batalion mesingan Tentera British
14-Sep-1940 14-Feb-1942 Bn Ke-2 Rejimen Gordon Highlanders Tentera British
01-Nov-1940 10-May-1941 Bn 2/15 Punjab Regiment Tentera India
29-Aug-1941 09-Jan-1942 Bn 2/17 Dogra Regiment Tentera India
14-Feb-1942 Bn Pertama 1 Rejimen Mysore (ISF) Tentera India


Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]