Buapak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Buapak adalah gelaran kepada seseorang yang mengetuai sesuatu Perut dalam masyarakat Adat Perpatih. Perut adalah kumpulan yang berasal daripada nenek atau moyang perempuan yang sama. Ahli-ahli dalam sesuatu perut itu amat rapat dan mereka memilih seorang ketua yang dipanggil Buapak. Antara tugas Buapak ialah menjaga maruah anak-anak buahnya, menguruskan istiadat keramaian (seperti perkahwinan) dan juga menyelenggara soal-soal pembahagian harta pusaka.