Bukak Api
Bukak Api merupakan filem dokumentari tahun 2000 mengenai mak nyah (transgender lelaki-kepada-wanita) yang diarahkan oleh Osman Ali. Tujuan dokumentari ini adalah untuk mendidik masyarakat tentang golongan mak nyah. [1]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Ketika filem ini dibuat, Osman Ali kurang dikenali sebagai pengarah di Malaysia.[1] Pekerja seks di Malaysia menggunakan frasa "bukak api" untuk merujuk kepada perbuatan seksual.[1]
Kandungan
[sunting | sunting sumber]Filem ini mengandungi beberapa elemen yang terlarang menurut undang-undang Malaysia. Elemen tersebut termasuklah penggunaan perkataan "fuck" dan kata-kata kesat yang lain, babak individu separuh bogel dan babak seks.[2] Penulis buku "The Politics of Reclaiming Identity: Representing the Mak Nyahs in Bukak Api," Andrew Hock Soon Ng berpendapat bahawa elemen-elemen tersebut mencemirkan realiti kehidupan komuniti transgender di Malaysia.[3]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Mislina Mustaffa sebagai Murni
Tayangan dan sambutan
[sunting | sunting sumber]Penguatkuasa Kuala Lumpur mengharamkan filem tersebut daripada ditayangkan. Namun, filem tersebut dapat ditayangkan di KL Freedom Film Festival dan festival filem lain di Mesir, Perancis, New Zealand dan Singapura.[1]
Kebanyakan pengulas filem di Malaysia dan luar negara menyifatkan filem ini sebagai berani.[1]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Hock, Andrew Soon Ng. "The Politics of Reclaiming Identity: Representing the Mak Nyahs in Bukak Api" (Chapter 7). In: Pullen, Christopher. LGBT Transnational Identity and the Media. Palgrave Macmillan. 29 February 2012. ISBN 0230353517, 9780230353510.