Transgender

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Transgender (harafian bahasa Melayu "antara jantina"), ialah istilah yang digunakan untuk merujuk individu yang mungkin bertindak, berfikir, mempunyai perasaan atau ketrampilan yang berbeza daripada jantina lahir atau biologi mereka. Transgender bukan orientasi seks kerana seseorang transgender mungkin seorang yang heteroseksual, homoseksual, biseksual, aseksual atau sebagainya.

Evolusi istilah transgender[sunting | sunting sumber]

Ahli psikiatri John F. Oliven dari Universiti Columbia, Amerika Syarikat, mencipta istilah transgender pada 1965 dalam kertas kerjanya bertajuk Kebersihan Seksual dan Pathologi dengan menulis bahawa istilah yang digunakan sebelum ini, "transseksualisme" sebagai mengelirukan. Ini kerana apa yang dimaksudkan ialah "antara jantina" (transgenderism) dan seksualiti bukan faktor utama dalam golongan pondan.[1][2] Istilah transgender kemudian dipopularkan dengan pelbagai definisi oleh golongan transgender, transeksual dan pondan, termasuk Virginia Prince yang menggunakannya dalam majalah Transvestia keluaran 1969 untuk lelaki berpakaian wanita yang ditubuhkan oleh dia sendiri. Pada pertengahan 1970-an kedua-dua istilah trans-gender dan orang trans digunakan sebagai istilah, dan transgenderis digunakan untuk menggambarkan orang yang mahu hidup sebagai jantina yang berlainan tanpa melalui pembedahan tukar jantina. Pada 1976, transgenderis telah disingkatkan sebagai TG dalam bahan pendidikan.

Menjelang 1984, konsep "komuniti transgender" telah dibangunkan, dan transgender telah digunakan sebagai istilah. Pada 1985, Richard Elkins menubuhkan "Arkib Trans-Gender" di Universiti Ulster. Menjelang 1992, Persidangan Antarabangsa mengenai Undang-undang Transgender dan Dasar Pekerjaan mentakrifkan transgender sebagai istilah meluas termasuk "transeksual, transgenderis, pemakai pakaian jantina berbeza" dan sesiapa sahaja yang dalam peralihan jantina.

Istilah lelaki trans merujuk kepada orang yang beralih daripada perempuan kepada lelaki, dan wanita trans merujuk kepada wanita yang beralih daripada lelaki kepada perempuan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ A., R. (Ogos 1965). "Book Reviews and Notices: Sexual Hygiene and Pathology". American Journal of the Medical Sciences. 250 (2): 235. doi:10.1097/00000441-196508000-00054. Dicapai pada 4 Jun 2012. 
  2. ^ Oliven, John F. (1965). Sexual Hygiene and Pathology. m/s. 514. Where the compulsive urge reaches beyond female vestments, and becomes an urge for gender ("sex") change, transvestism becomes "transsexualism." The term is misleading; actually, "transgenderism" is what is meant, because sexuality is not a major factor in primary transvestism. Psychologically, the transsexual often differs from the simple cross-dresser; he is conscious at all times of a strong desire to be a woman, and the urge can be truly consuming. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]