Bukit Senggeh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mukim Bukit Senggeh
Lambang Melaka.png
Geografi
StatusMukim
Asal namaSebatang pokok yang dipercayaai mempunyai kuasa mistik oleh masyarakat dahulu kala. Ianya ditemui oleh peneroka asal kampung ini ketika awal kedatangan mereka.
Negara Malaysia
Negeri Melaka
DaerahDaerah Jasin
MukimMukim Bukit Senggeh
KeluasanN/A

Bukit Senggeh merupakan sebuah mukim di daerah Jasin, Melaka.

Lembaga Kemajuan Kampung Bukit Senggeh[sunting | sunting sumber]

  • ADUN Asahan = YB Datuk Wira Haji Abdul Ghaffar Bin Atan
  • Pengerusi JKKK Kampung Bukit Senggeh = Ariffin Bin Yusof
  • Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Bukit Senggeh = Hamzah Bin Kasim

Pekan berdekatan[sunting | sunting sumber]

  1. Selandar
  2. Simpang Bekoh
  3. Jasin
  4. Kesang
  5. Alor Gajah

Maklumat[sunting | sunting sumber]

Perjalanan dari Selandar ke Kampung Bukit Senggeh mengambil masa 10 minit. Kegiatan ekonomi di kampung ini berasaskan pertanian dan penternakan. Kampung Bukit Senggeh dibahagikan kepada empat kawasan. Solok Hilir, Solok Chembong, Solok Rejang dan Solok Air Keroh. Ada tiga bukit 'memagar' kampung ini iatu Bukit Seraya dan Bukit Gedabu di Solok Hilir dan Bukit Batu Lebah di kawasan Solok Rejang. Kampung Bukit Senggeh dipenuhi dengan hutan dara dan tapak pertanian yang diusahakan oleh penduduk kampung ini. Masjid di kampung ini dinamakan Al-Firdaus dan telah banyak dibaiki sejak ianya dibina pada waktu dahulu. Masjid ini bukan sahaja menjadi tempat beribadah masyarakat kampung, tetapi juga sebagai tempat belajar untuk remaja-remaja kampung ketika cuti.

  • Sedikit masa lalu sehingga penghujung tahun 2000, bas merupakan antara pengangkutan penting di Kampung Bukit Senggeh kerana kebanyakan penduduk kampung tidak mempunyai kenderaan untuk menghantar anak mereka ke sekolah kerana ketika itu sekolah menengah hanya ada di bandar Jasin yang jauhnya kira-kira 20 kilometer dari kampung ini itu pun terpaksa melalui Kampung Selandar, Pondok Kempas, Kesang Pajak, Kesang Tua dan Ayer Barok sebelum tiba di pekan Jasin.
  • Jalan Bukit Senggeh melalui Air Kangkong, Kemendor dan Kelubi hanya boleh dilalui menggunakan kereta atau bas selepas tahun 1987. Hanya kini Air Kangkong menjadi laluan utama untuk ke Jasin atau ke Chabau. Percaya atau tidak, perkhidmatan bas sudah tiada lagi untuk ke Jasin yang satu ketika dulu dimonopoli oleh Bas Chincok. Pemandu seperti Pak Dalib, Bok Ngam, Seman atau Bang Mail banyak jasanya kepada penduduk sekitar Jasin.
  • Sehingga tahun 1970, ramai anak kampung ini bersekolah di Jasin English School (JES) yang menjadi satu-satunya sekolah aliran Inggeris di Jasin dan selepas itu ramai yang menghantar anak mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh (SKBS). Sehingga 1990, sekolah menengah tiada di Selandar dan akhirnya anak kampung dapat bersekolah di Sekolah Menengah Selandar apabila siap dibina.