Mukim
Mukim ialah sejenis pembahagian pentadbiran yang digunakan di Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Biasanya mukim merupakan sub-pembahagian daerah (daerah kecil) serta ia dipecahkan pula kepada beberapa kampung.
Penggunaan[sunting | sunting sumber]
Brunei[sunting | sunting sumber]
Di Brunei, mukim ialah pembahagian pentadbiran peringkat kedua selepas daerah. Terdapat 38 mukim di Brunei. Mukim pula dipecahkan kepada beberapa kampung. Ketua bagi komuniti mukim ialah penghulu.
Singapura[sunting | sunting sumber]
Di Singapura, Mukim ialah pembahagian pentadbiran peringkat kedua selepas daerah. Terdapat 34 Mukim di Singapura. Mukim pula dipecahkan kepada beberapa kampung. Ketua bagi komuniti Mukim ialah Penghulu Mukim.
Indonesia[sunting | sunting sumber]
Di Aceh, mukim ialah sebahagian dari kecamatan (setaraf pekan), dan terdiri daripada beberapa gampong (setaraf kampung).[1]
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
![]() | Rencana berkaitan geografi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |