Bukit Tampoi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bukit Tampoi terletak di Dengkil, negeri Selangor, Malaysia.

Isu tanah orang asli[sunting | sunting sumber]

Pada 1995, tanah di Bukit Tampoi seluas 15.39 hektar (38 ekar) yang sebelum itu didiami Orang Asli puak Temuan telah diambil oleh kerajaan untuk projek Lebuhraya Kuala Lumpur-Nilai. Sebagai tindak balas, tujuh Orang Asli menyaman Kerajaan Persekutuan dan Selangor, United Engineers (M) Bhd (UEM) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)[1] di mahkamah.

Selepas Mahkamah Tinggi Malaya berpihak kepada Orang Asli, kes tersebut telah dibawa ke Mahkamah Rayuan.[2] Pada 19 September 2005, Mahkamah Rayuan memutuskan memberikan tanah hak milik adat di Bukit Tampoi itu kepada 7 Orang Asli suku Temuan. Mereka diakui penghuni tanah itu lebih 200 tahun. Pemilik tanah adat itu ialah Sagong Tasi, 73, dan enam anggota suku kaumnya -- Kachut Tunchit, 40, Dabat Habat, 74, Kepal Kepong, 64, Sani Saken, 37, Ilas Senin, 42 dan Tok Batin Tukas anak Siam, 54. Menurut Akta Pemerolehan Tanah 1960 mereka layak mendapat pampasan jika tanah itu diambil untuk pembinaan lebuh raya.[2][3]

Pada 22 April 2009, Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor mengambil tidak lagi merayu kepada Mahkamah Persekutuan dalam kes mahkamah selama 14 tahun itu.[3]

Lanjutan itu pada 30 April 2009, Presiden Badan Peguam Malaysia, K. Ragunath menyeru kerajaan Malaysia mematuhi Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai hak masyarakat pribumi 2007. Kerajaan persekutuan, setiap kerajaan negeri dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) hendaklah menjamin hak tanah nenek moyang Orang Asli di seluruh Malaysia.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kes Tanah Orang Asli: Selangor Batal Buat Rayuan di Mahakamah Persekutuan". TVSelangor. 22 April 2009. Dicapai pada 25 Mei 2009.
  2. ^ a b "Kerajaan Negeri Selangor & Ors v. Sagong Tasi & Ors". Mahkamah Rayuan Malaysia (dalam bahasa Inggeris). CLJ Bulletin. 2005. Diarkibkan daripada yang asal (Penghakiman kes oleh Hakim Gopal Sri Ram) pada 2009-10-14. Dicapai pada 25 Mei 2009.
  3. ^ a b c "Majlis Peguam Mahu Kerajaan Wartakan Tanah Nenek Moyang Orang Asli". Bernama. 30 April 2009. Dicapai pada 25 Mei 2009.