Temuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Temuan
Uwang Temuan / Eang Temuan
Temuan people.jpg
Orang Temuan dengan pakaian tradisional
Jumlah populasi
19,343 (2010)[1]
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia (Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor)
Bahasa
Bahasa Temuan, bahasa Melayu
Agama
Kepercayaan moyang (utama), Kristian, Islam[2]
Kumpulan etnik yang berkaitan
Semelai,[3] Melayu

Suku Temuan merupakan orang asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Pahang, Selangor Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Suku Temuan merupakan suku keempat terbesar di dalam hierarki kaum Orang Asli di mana jumlah mereka adalah seramai kira-kira 30,000 orang di Semenanjung Malaysia. Mereka mengamalkan adat resam yang menyamai orang Melayu.

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Bahasa Temuan ialah bahasa sukuan bagi golongan Temuan. Bahasa ini ialah tergolong dalam bahasa-bahasa Austronesia dan agak menyerupai bahasa Melayu lazim. Secara tradisinya, bahasa Temuan ialah bahasa lisan yang tidak memiliki sebarang sistem tulisan. Sekarang, tulisan Rumi ialah tulisan lazim bagi bahasa Temuan, meskipun tiada sistem ejaan baku dan piawai yang ditubuhkan setakat kini.[4] Selain itu, kaum Temuan juga bertutur dalam bahasa Melayu.

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Perayaan[sunting | sunting sumber]

Ucapan sambutan Aik Muyang.

Hari Moyang (Aik Muyang) ialah perayaan Temuan pada Disember dan Januari sebagai menghormati golongan moyang yang memberikan kehidupan yang baik terhadap generasi kini serta menghindarkan celau ("ribut").[5] Tarikh Hari Moyang adalah berbeza bagi setiap petempatan Temuan.

Adat-adat ketika Aik Muyang termasuk ibadat mendoakan golongan moyang (sembahyang kubur) dan persembahan sajian terhadap roh moyang. Selain itu, upacara sewang, penyucian diri dan jamuan makanan tradisional Temuan juga diatur.[6]

Legenda Temuan[sunting | sunting sumber]

Mamak dan Inak Bungsuk adalah penyambung zuriat untuk semua kaum Temuan setelah peristiwa "Banjir Besar" beribu-ribu tahun dahulu. "Banjir Besar" berlaku kerana pada masa dulu Orang Temuan suka membuat "Celau" iaitu perkara-perkara yang terlarang dan menyebabkan Muyang dan Tuhan murka kepada mereka. Gunung Raja merupakan tempat kelahiran kaum Temuan.[7] Gunung Raja terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Pahang. Terdapat Orang Halus yang mendiami Gunung Raja.

Hantu Seburu (seperti Bigfoot dalam budaya Barat) telah wujud pada Zaman Mamak dan Inak Bungsuk. Hantu Seburu ini adalah sebenarnya orang Asli Temuan yang menuntut salah ilmu iaitu "Ilmu Hitam" yang menyebabkan bentuk fizikalnya berbulu sonsang dan tidak boleh memahami dan berkomunikasi dalam bahasa manusia lagi. Orang Asli Temuan percaya yang bila seseorang terjumpa Hantu Seburu ini, orang itu akan terus demam dan mati sejam kemudian. Mamak Bungsuk pernah berpesan kepada cucu-cicitnya janganlah menuntut ilmu yang akan membawa padah kepada diri sendiri dan juga orang lain.

Perubatan[sunting | sunting sumber]

Orang Asli Temuan juga pandai dalam bidang perubatan tradisional. Ramai juga orang dari bandar yang menggunakan perkhidmatan daripada Orang Asli untuk mengubati penyakit dan juga masalah-masalah mereka. Antara penyakit yang boleh diubati oleh bomoh Orang Asli Temuan ialah demam panas, cirit-birit, darah beku, penyakit pinggang dan lain-lain lagi.

Ramai juga orang dari bandar yang mengunakan khidmat "Minyak Pengasih" daripada bomoh Orang Asli."Minyak Pengasih" ini merupakan jualan yang terlaris dan nombor satu dalam perkhidmatan dari bomoh Orang Asli. Kegunaan minyak ini adalah untuk mengembalikan orang yang tersayang kepada pangkuan anda.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kirk Endicott (2015). Malaysia's Original People: Past, Present and Future of the Orang Asli. NUS Press. ISBN 978-99-716-9861-4.
  2. ^ Haliza Mohd Said, Zainal Abidin Ramli & Sukma Dina Radin (May 2012). "Enhancing Temuan Tribe Economic Activities As An Indigenous Attraction In Kampung Dengkil, Mukim Sepang, Selangor" (PDF). Interdisciplinary Journal of Contemporary Research in Business. m/s. 425. Dicapai pada 2017-07-06.
  3. ^ "S. Karger". Human Heredity. Karger. 1978. m/s. 62.
  4. ^ The Guide to Melaka, Malaysia: Essential Information for Business and Pleasure in the Heart of South-East Asia. Melaka State Government. 2004. m/s. 84. ISBN 98-322-4109-X.
  5. ^ "Meet the Temuans". 2 July 2018. Dicapai pada 21 September 2018.
  6. ^ Rouwen Lim (26 Disember 2020). "Orang Asli Temuan community's Hari Moyang celebration is going virtual this year". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Disember 2020.
  7. ^ AKaR Umbi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]