Buku FIXI

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Buku FIXI ialah penerbit buku bebas Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2011 oleh pembikin filem Amir Muhammad. Syarikat itu mengkhususkan bukan sahaja dalam cereka urban kontemporari – baik dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris – tetapi juga terjemahan bahasa asing dan novel grafik. Beberapa novel ini juga telah diadaptasi kepada filem, lantas menyebabkan nama syarikat ini menjadi semakin dikenali di Malaysia.

Syarikat penerbitan ini mula beroperasi melalui penjualan buku dalam talian sepenuhnya sehingga 11 April 2015 dengan pelancaran kedai buku utama (dikenali sebagai Kedai FIXI) yang pertama di Pusat Beli-belah Jaya di Petaling Jaya.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Amir Muhammad – seorang pengarah filem bagi beberapa tajuk filem yang terlalu kontroversi untuk ditayangkan di Malaysia – mendapat ilham untuk menubuhkan syarikat ini selepas menghadiri majlis anugerah buku tempatan. Di sana, beliau mendapati bahawa hampir semua karya-karya berbahasa Melayu begitu tertumpu dalam genre romantik atau cinta.[2] Maka, penubuhan syarikat ini dianggap sebagai tindak balasnya daripada keperluan untuk mempelbagaikan lagi pelbagai kesusasteraan Melayu popular yang dihasilkan pada masa itu. Beliau membuat keputusan atas nama "FIXI" untuk label, yang berasal daripada perkataan fiksi bahasa Indonesia yang merupakan pinjaman bahasa Belanda[tiada dalam ayat yang diberikan] – menurutnya, penamaan syarikat itu ialah kenyataannya yang mengisyaratkan bahawa "tidak ada apa-apa yang asli dalam dunia novel".[2]

Label terbitan[sunting | sunting sumber]

FIXI Novo[sunting | sunting sumber]

Label ini menampilkan cereka bahasa Inggeris keluaran penulis Malaysia yang diterbitkan oleh syarikat ini.[3] Antaranya termasuk siri KL Noir yang terkenal.

Fixi Verso[sunting | sunting sumber]

Label ini membawakan terjemahan bahasa Melayu karya-karya cereka terkenal berbahasa asing. Karya yang diterjemah termasuk tulisan Neil Gaiman,[4] Stephen King,[4] John Green,[2] dan Haruki Murakami.[2]

GRAFIXI[sunting | sunting sumber]

Grafixi merupakan label syarikat untuk katalog novel grafiknya.

Buku FIXI telah memperoleh hak untuk menterjemahkan katalog belakang DC Comics kepada Bahasa Melayu di bawah label ini pada April 2016. Perolehan hak ini telah membawa kepada pengeluaran dua karya terjemahan Superman/Batman daripada penerbit buku komik Amerika yang bereputasi: Public Enemy dan Supergirl.[5] Pada 4 Ogos tahun sama, Grafixi telah mengeluarkan seni penutup rasmi Suicide Squad: Kicked in the Teeth sebagai komik acah untuk terjemahan komik yang akan datang.[6][sumber lebih baik diperlukan] Kemudiannya, telah diumumkan bahawa tajuk tersebut boleh didapati untuk jualan pada minggu berikutnya.[7][sumber lebih baik diperlukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Toh, Terrence (14 April 2015). "Indie publishers Buku Fixi opens first bricks-and-mortar store, Kedai Fixi". The Star Online. Star Media Group Berhad. Dicapai 3 Julai 2016. 
  2. ^ a b c d Ling (5 August 2014). "Fixi Forward". Poskod Malaysia (dalam bahasa Inggeris). PopDigital Sdn Bhd. Dicapai 26 Jun 2016. Amir tells me that he was inspired to create Buku Fixi after attending a local book awards ceremony. According to him, nine out of ten of the Malay fiction nominees had either the words ‘rindu’ ['longing'], ‘kasih’ ['affection'] or ‘cinta’ ['love'] in their titles. “I just felt like throwing up!” Amir quips. “I thought, there’s got to be more to life than this! If I were a young person, and were to look at that selection, there was nothing there that appealed to me. And based on that, I decided to start a label.” 
  3. ^ Ganesan, Sharmilla (13 April 2014). "Award-winning local publisher Fixi is on the right track". The Star Online. Dicapai 26 June 2014. 
  4. ^ a b Lingard, Linda Tan (25 Februari 2014). "Buku Fixi: On Translating Bestsellers for Malaysia". Publishing Perspectives. Dicapai 3 Julai 2016. 
  5. ^ Chan, Wai Kit (22 April 2016). "Local publisher Fixi wins rights to translate DC Comics into BM". Dicapai 26 Jun 2016. 
  6. ^ BukuFIXI (4 August 2016). "*ahem*" (Tweet) – melalui Twitter. 
  7. ^ BukuFIXI (4 Ogos 2016). "#Grafixi terbaru SUICIDE SQUAD: Kicked in the Teeth akan mula dijual minggu depan!" (Tweet) – melalui Twitter. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]