KL Zombi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
KL Zombi
KL ZOMBIE.jpg
Risalah promosi
Pengarah Woo Ming Jin
Penerbit Tengku Iesta Tengku Alaudin
Penulis
  • Adib Zaini
  • Woo Ming Jin
Berdasarkan Novel Zombijaya oleh Adib Zaini
Dibintangi oleh
Syarikat
produksi
Grand Brilliance
Lightbulb Pictures
Mula ditayangkan
29 Ogos 2013 (2013-08-29)(Malaysia)
Tempoh tayangan
115 minit
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

KL Zombi[1] merupakan sebuah filem seram komedi Malaysia 2013 arahan Woo Ming Jin terbitan Grand Brilliance yang diadaptasi dari novel Zombijaya. Skrip dan cerita asal filem ini ditulis sendiri oleh penulis novelnya iaitu Adib Zaini dan Woo Ming Jin sendiri. Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Siti Saleha, Usop Wilcha dan Izara Aishah.[2] Filem ini ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos 2013.[3][4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat resam ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi? Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur.

Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang mampu menyelamatkan keadaan. 5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergumbira pada malam sambutan tahun baru di lembah klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke sarawak dan ke seluruh malaysia. dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis – seorang kaki teori konspirasi – mencadangkan mereka berpindah ke Putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Siti Saleha memegang watak sebagai Nora dalam filem ini.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

KL Zombi diarahkan oleh Woo Ming Jin dan diterbitkan oleh Tengku Iesta Tengku Alaudin untuk Grand Brilliance. Ia berdasarkan daripada novel terbitan Buku FIXI, Zombijaya hasil nukilan Adib Zaini yang turut menulis skrip filem ini. Hampir 50% isi kandungan novel ini dimuatkan dalam KL Zombi. Suntingan untuk filem ini dilakukan oleh Kenny Kuang Eng Chua, manakala muzik disediakan oleh Sebastien Pan. Shah Rempit bertindak sebagai penyelaras aksi lagak ngeri. Filem ini turut menggunakan teknik solekan khas daripada Ella Sandera bagi menghidupkan watak zombi yang lebih realistik.[5] Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin bercakap mengenai filem ini:[6]

"Selaras dengan misi kami untuk menjadi penanda aras baru filem tempatan, KL Zombi merupakan filem pertama yang menampilkan zombi-zombi dengan solekan kesan khas yang merangkumi prostesis, lateks dan kanta lekap khas serta baju yang dilusuhkan dan diubah untuk mengikut watak zombi-zombi tersebut. Selain itu, lokasi-lokasi yang dipilih terpaksa dikucar-kacirkan dan dikotorkan untuk memberi gambaran suasana terbiar selepas serangan zombi,[6]

Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Siti Saleha, Iedil Putra, Zain Hamid, Usop Wilcha, Faezah Elai dan Izara Aishah dengan peranan lain yang turut dijayakan oleh Ahmad Tarmimi Siregar, Khir Rahman dan Ogy Ahmad Daud. Filem ini merupakan filem kedua lakonan Siti Saleha selepas Kerat 14 dan yang pertama bersama Grand Brilliance (GB). Saleha muncul dengan filem kedua bersama GB, Balada Pencinta yang ditayangkan pada 24 September 2013. Penggambaran filem ini telah dijalankan di sekitar Kuala Lumpur dari Mac hingga April 2012[7] dan ia menelan belanjawan sebanyak RM1.3 juta.[8]

Tema[sunting | sunting sumber]

Mohd Al-Qayum Azizi dari mSTAR Online menulis bahawa KL Zombi adalah sebuah karya ringan tanpa plot yang berat dan ia sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Beliau turut membandingkan persamaan filem ini dengan filem Hollywood, Zombieland lakonan Emma Stone dan Abigail Breslin dan filem tempatan, Zombi Kampung Pisang arahan Mamat Khalid.[9] Thought On Films menyifatkan KL Zombi dilihat sebagai filem Zizan Razak daripada apa-apa lagi dan merasakan terdapat sebahagian apa yang perlu dibuat dalam filem ini.[10]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

KL Zombi ditayangkan pada 29 Ogos 2013 hingga kejayaan komersial dan kritis. Zizan Razak dan Siti Saleha menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 bagi Gandingan Serasi di Layar Lebar; Saleha menerima pencalonan Anugerah MeleTOP Era 2014 bagi Bintang Filem Meletop. Filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung kasar sebanyak RM 2 juta, empat hari selepas tayangan perdana.[11][12]

Untuk mempromosikan filem ini, Grand Brilliance telah memuat-naik treler 90 saat filem KL Zombi di laman YouTube rasmi mereka dan menerima maklum balas positif daripada netizen.[6][13] Filem ini juga dipertontonkan buat pertama kali di Festival Filem Antarabangsa Puchon (PiFan) di Puchon, Korea Selatan pada 17 Julai 2014.[14][15]

Pada 15 Ogos 2017, filem ini boleh didapati secara eksklusif di Netflix.[16]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013
Tahun Pencalon Kategori Keputusan
2014 Zizan Razak
Siti Saleha
Gandingan Serasi di Layar Lebar Dicalonkan
Anugerah MeleTOP Era 2014
Tahun Pencalon Kategori Keputusan
2014 Siti Saleha Bintang Filem MeleTOP Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Info mengenai KL Zombie". Sensasi Selebriti. 2 April 2012. Dicapai pada 28 Oktober 2013. 
  2. ^ "KL Zombie". Cinema.com.my. 1 September 2013. Dicapai pada 28 Oktober 2013. 
  3. ^ "Zombie Bakal Melanda Malaysia Esok!!!!". Selebriti Online. 28 Ogos 2013. Dicapai pada 28 Oktober 2013. 
  4. ^ "What would KL look like in a zombie apocalypse?". Poskod.my. 29 Ogos 2013. Dicapai pada 29 Oktober 2013. 
  5. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (23 Ogos 2013). "Kesan Khas Solekan Hidupkan Watak 'KL Zombi'". mSTAR Online. Dicapai pada 29 Oktober 2013. 
  6. ^ a b c "(HIBURAN) KL Zombi Serang Pawagam 29 Ogos Ini". Galaksi Media. 23 Ogos 2013. Dicapai pada 29 Oktober 2013. 
  7. ^ Budiey (16 April 2012). "Filem KL Zombie Selesai Sudah Sesi Penggambaran". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 29 Oktober 2013. 
  8. ^ KL Zombi tidak seram Kosmo! (15 September 2013). Diperoleh pada 25 Oktober 2017.
  9. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (2 September 2013). "KL Zombi, filem hiburan ringan". mSTAR Online. Dicapai pada 28 Oktober 2013. 
  10. ^ "A Zizan Razak Film – KL Zombi". Thought On Films. 6 September 2013. Dicapai pada 29 Oktober 2013. 
  11. ^ Filem KL Zombi Kutip RM2 Juta Selepas Empat Hari Tayangan Rotikaya (2 September 2013). Diperoleh pada 25 Oktober 2017.
  12. ^ Noor Hafiza Che Abdullah (2 September 2013). Seminggu tayangan, KL Zombi kutip RM2 juta Sinar Harian. Diperoleh pada 29 Oktober 2013.
  13. ^ "The undead stalk Malaysia in Woo Ming Jin's KL Zombie". Screen Anarchy. 16 Jun 2013. Dicapai pada 29 Oktober 2013. 
  14. ^ Feride Hikmet Atak (3 Ogos 2014). "KL Zombi gegarkan PiFan 2014". mSTAR Online. Dicapai pada 29 Oktober 2014. 
  15. ^ "KL Zombie ke Korea". Sinar Harian. 6 Ogos 2014. Dicapai pada 29 Oktober 2014. 
  16. ^ "Is 'KL Zombi' available to watch on Netflix in America". Netflix. 21 Ogos 2017. Dicapai pada 29 Oktober 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]