Bulbasaur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bulbasaur
Siri Siri Pokémon
Permainan pertama Pokemon Red dan Blue
Nombor: 001 Jenis: Rumput/Racun Berevolusi daripada: Tiada Berevolusi menjadi: Ivysaur

Bulbasaur (フシギダネ, Fushigidane), ialah spesies Pokémon benih. Ia berevolusi menjadi Ivysaur pada tahap 16, yang akan berevolusi menjadi Venusaur pada tahap 32.

Ia kecil, bercangkung, dan menyerupai katak dan Dicynodont, reptilia seperti mamalia pada masa Permian. Badan Bulbasaur berwarna firus dengan tompok-tompok biru-hijau gelap, dan terdapat bebawang hijau di belakangnya. Dalam susunan Pokédex Nasional dan Pokédex Kanto, Bulbasaur ialah Pokémon pertama.

Ia merupakan salah satu daripada tiga Pokémon permulaan di kawasan Kanto bersama dengan Charmander dan Squirtle. Ia boleh dipilih oleh pemain dalam permainan Pokémon Red, Green, dan Blue serta Pokémon FireRed dan LeafGreen, versi barunya. Ia juga dapat diperoleh dalam permainan Pokémon HeartGold dan SoulSilver selepas mendapat enam belas lencana dan mengalahkan Red.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.