Bull Arab
| Nama lain | Bull Arab Australia, bullarab | ||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Negara asal | Australia | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||||||
Bull Arab[a] ialah satu baka anjing Australia, yang dikembangkan pada tahun 1970-an untuk pemburuan babi.[2][1][3] Baka ini pada asalnya diasaskan melalui penyilangan 50% bulterier, 25% grehaun, dan 25% anjing penuding berbulu pendek Jerman, iaitu campuran yang menggabungkan kelajuan, kekuatan, kebolehan penghiduan, dan kebolehlatihan. Gabungan asli ini masih tercermin dalam susur galur lebih tua, namun tambahan kemudian dalam susur galur tertentu menyertakan anjing besar Denmark, anjing pemburu darah, dan mastif, dengan variasi yang dibuat bergantung pada jenis perburuan desa yang berlangsung.[2][4]
Australian Bullarab Breeder's Association dilancarkan pada tahun 2007 dan berfungsi sebagai kelab induk bagi baka ini, dengan matlamat akhir pencapaian pengiktirafan ANKC.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]
Asal usul dan perkembangan
[sunting | sunting sumber]Bull Arab memulakan perkembangan di Queensland, Australia, pada tahun 1972 oleh pembiak baka Mike Errol Hodgens. Rumusan pembiakbakaan aslinya menggabungkan 50% bulterier, 25% grehaun, dan 25% anjing penuding berbulu pendek Jerman. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan anjing yang mampu menemukan, mengejar, dan menahan babi jalang di serata landskap berceranggah Australia.[5]

Hodgens mendedikasikan melebih sedekad untuk memperhalus baka ini dan dilaporkan menghasilkan ratusan anjing setiap tahun di kemuncak operasi beliau. Beliau menghadapi cabaran peribadi dan cabaran undang-undang ketara semasa tempoh ini, termasuk rampasan haiwan dan pertikaian dengan pihak berkuasa, yang akhirnya membuat beliau berundur daripada pembiakbakaan pada tahun 1989.[6] Namun demikian, baka ini mendapat dasar kukuh dalam kalangan pemburu luar bandar.[7][8]
Evolusi dan penyesuaian rantauan
[sunting | sunting sumber]Selepas Hodgens menghentikan pembiakbakaan, pelbagai pemburu dan pembiak baka di serata Queensland dan New South Wales mula mengembangkan susur galur masing-masing berdasarkan anjing-anjing asli beliau. Sesetengah pembiak baka memperkenalkan baka tambahan seperti mastif, anjing besar Denmark, atau anjing pemburu darah untuk disesuaikan dengan keperluan rupa bumi dan keperluan perburuan berlainan. Sebagai contoh, pembiak baka di Queensland kerap mengutamakan kebolehan penghiduan dengan menggabungkan anjing pemburu darah, sementara yang di New South Wales mengusahakan saiz dan kekuatan lebih besar untuk rupa bumi bergunung-ganang dengan memperkenalkan darah mastif.[7]
Pembiak baka ketara dan penyokong awal bagi baka ini termasuk Brian Neal, Peter Paulsen, Graham Caldow, Johnny Johnson, dan Reece Campbell, dalam ramai orang. Individu-individu ini adalah penting dalam menyelenggara dan menyesuaikan baka ini selama berdekad-dekad.[7][8]
Usaha pemiawaian baka
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2007, Australian Bullarab Breeder's Association (ABBA) diasaskan untuk mempromosikan baka ini dan bekerja ke arah pengiktirafan oleh Australian National Kennel Council (ANKC). Kumpulan ini juga menyokong amalan pembiakbakaan bertanggungjawab dan menyasar untuk memelihara keupayaan kerja bull Arab.[9]
Penampilan
[sunting | sunting sumber]Australian Bullarab Breeder's Association (ABBA) telah menerbitkan piawaian baka bertulis untuk bull Arab, sambil anjing perlu memenuhi piawaian untuk didaftarkan.[4]
Penampilan dan ciri umum
[sunting | sunting sumber]Bull Arab mempersembahkan imej seimbang antara kuasa dengan kelajuan. Semua tentang bull Arab patut sederhana dan seimbang. Parut yang terhasil daripada luka yang diterima semasa bekerja tidak patut dikenakan penalti. Ia bersimetri dan berbinaan baik secara keseluruhan, dengan garis luar umum yang merupakan siri lekukan anggun.[4]
Ketinggian dan berat
[sunting | sunting sumber]Terdapat dimorfisme seks dalam baka bull Arab, dengan ketinggian dan berat berkeizinan untuk jantan dan betina yang berlainan sedikit.
Ketinggian unggul untuk jantan ialah 63–69 cm (25–27 in), dengan julat berat unggul 32–42 kg (71–93 lb). Sementara itu, pada betina, ketinggian unggul ialah 61–66 cm (24–26 in), dengan berat unggul 30–40 kg (66–88 lb).[4]
Penyingkiran
[sunting | sunting sumber]Bull Arab yang tergolong di luar parameter bagi perkara yang diterima oleh piawaian baka mungkin diserahkan untuk pendaftaran dengan ABBA dan akan dinilai secara teliti dan diberi pertimbangkan untuk penerimaan. Walau bagaimanapun, bukan semua bull Arab akan diterima.[4]
Perangai
[sunting | sunting sumber]Piawaian ABBA untuk bull Arab menunjukkan bahawa perangai unggul patut menjadi "sifat baik hati dan setia, seimbang dan tenang, cerdas, dan berdikari, dengan dorongan kuat dan ketekunan apabila bekerja dan mempunyai etika kerja sibuk".[10]
Terdapat catatan bahawa baka ini "mesti tidak menunjukkan sebarang keagresifan terhadap anjing lain dan sama sekali tidak terhadap orang lain."[10]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]
Bull Arab terutamanya dibela sebagai anjing pemburu babi. Walaupun baka ini pada asalnya bermula di Queensland, terdapat populasi bertumbuh di serata Australia.[5] Anjing pemburu babi digunakan untuk menemukan babi jalang, menarik babi itu ke tanah, dan menahan babi itu dengan menggunakan telinga. Baka ini mampu menemukan babi sejauh 4–6 kilometer (2.5–3.7 bt) melalui bau.[1]
Pelabelan salah dan kontroversi
[sunting | sunting sumber]
Walaupun dengan tujuan baka utama bull Arab sebagai anjing pemburu babi, terdapat banyak bull Arab yang telah menjadi pendamping dan haiwan peliharaan, kerana perkara yang diperihalkan sebagai "sifat setia, lemah lembut, dan manis".[11] Walau bagaimanapun, dengan reputasi membesar di dalam rumah keluarga, datangnya keperluan membesar untuk kesedaran bersangkutan dengan bull Arab. Banyak anjing yang dirujuk sebagai "bull Arab" dalam media dan di tempat perlindungan bukan bull Arab yang diiktiraf oleh ABBA dan sebaliknya hanya silangan atau anjing baka kacuk yang secara longgar menyerupai baka ini.[12] Pembezaan ini merumitkan usaha untuk menjejak tingkah laku atau kesudahan kebajikan yang spesifik untuk baka berdaftar ini, berbanding dengan yang hanya relevan untuk anjing jenis bull Arab.
Isu kebajikan haiwan
[sunting | sunting sumber]Data yang diterbitkan oleh badan penyelamatan anjing dan pertubuhan kebajikan haiwan kerap menunjukkan bahawa anjing jenis bull Arab, serta kacukan jenis pemburu babi pada umumnya, dibiakbakakan secara tidak bertanggungjawab, kerap dibuang, dan lebih sukar untuk ditempatkan ke rumah secara bertanggungjawab di negeri tanah airnya Queensland.[13][14][15] Ada kepentingan untuk memerhatikan bahawa anjing jenis bull Arab merupakan jenis anjing ketiga paling lazim yang dibawa masuk oleh RSPCA Queensland,[16] dengan banyak anjing ini yang merupakan anjing baka kacuk yang tidak mewakili populasi sebenar bull Arab.[9]
RSPCA Australia juga mengatributkan ini kepada peningkatan pemburuan babi, dengan pemburu yang tidak mengembiri haiwan mereka, lalu menghasilkan perinduk yang kerap dibuang.[17]
Perundangan spesifik baka dan risiko gigitan
[sunting | sunting sumber]Risiko tertanggap daripada bull Arab dan silangan jenis bull Arab telah menjadi topik pertelagahan sesama orang awam dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang berkemungkinan menggemakan stigma berkenaan dengan baka "bully" lain, seperti bulterier Staffordshire dan pitbulterier Amerika yang dibatasi,[16] walaupun kedua-dua baka tidak diiktiraf dalam ternakan asasi untuk bull Arab.[7]
Majlis Rantauan Mackay melaporkan bahawa anjing pemburu babi tidak diwakili dalam bilangan lebih besar bagi gigitan anjing berbanding dengan baka anjing lain.[18] Dalam analisis tahun 2022 tentang 682 kecederaan berkaitan dengan gigitan anjing yang dipersembahkan kepada Hospital Kanak-kanak Sydney di New South Wales dari tahun 2010 hingga tahun 2020, tiada gigitan yang dikaitkan dengan bull Arab, tetapi bull Arab tidak pun termasuk dalam kalangan 20 baka paling lazim di New South Wales.[19][20] Namun demikian, telah terdapat kes terdahulu tentang serangan ke atas haiwan[21][22][23][24][25] dan manusia[26][27][28] yang diatributkan kepada anjing jenis bull Arab di dalam Australia.
RSPCA telah menyatakan rujukan kepada bull Arab, serta baka bully lain, bahawa "tiada bukti saintifik yang menyokong bahawa baka anjing tertentu adalah lebih berbahaya berbanding dengan yang lain. Sebaliknya, tanggungjawab jatuh semata-mata pada pemilik anjing untuk memastikan bahawa haiwan peliharaan mereka tersosialisasi, terlatih, dan dilayan sewajarnya. Komuniti patut juga sedar tentang cara untuk berinteraksi dengan anjing di tempat awam dan di rumah. Mana-mana anjing dapat menjadi haiwan peliharaan penyayang dan setia; tanpa mengira baka atau penampilannya".[16]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d Mirfin, Adam (Februari 2013). "Intro to Australia and Bull Arabs" [Pengenalan kepada Australia dan Bull Arab]. Tuskers Magazine (dalam bahasa Inggeris). Tuskers Publishing. m/s. 26.
- ^ a b c Studdert, Virginia P.; Gay, Clive Collins; Blood, Douglas Charles (6 Januari 2012). Saunders Comprehensive Veterinary Dictionary [Kamus Komprehensif Veterinar Saunders] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). Edinburgh, United Kingdom: Saunders. m/s. 163. ISBN 9780702047435. OCLC 733916548.
- ^ Harding, Sally (2010). City Dog, Country Dog [Anjing Kota, Anjing Desa] (dalam bahasa Inggeris). Kent Town, Australia Selatan, Australia: Wakefield Press. m/s. 86. ISBN 9781862549159. OCLC 646257333.
- ^ a b c d e "Breed History" [Sejarah Baka] (dalam bahasa Inggeris). Australian Bullarab Breeder's Association. Dicapai pada 7 Mac 2026.
- ^ a b "Policeman's tussle with pig dog pack" [Pergelutan anggota polis dengan kawanan anjing babi]. The Sydney Morning Herald (dalam bahasa Inggeris). 25 Mac 1979. m/s. 20.
- ^ Errol Mike Hodgens A Current Affair Dog Crazy [Errol Mike Hodgens Kegilaan Anjing Hal Ehwal Semasa] (dalam bahasa Inggeris). YouTube. 26 Ogos 2011. Dicapai pada 7 Mac 2026.
- ^ a b c d "History Of Bull Arabs" [Sejarah Bull Arab] (dalam bahasa Inggeris). Klement Bull Arabs. Dicapai pada 7 Mac 2026.
- ^ a b "Mike Hodgens Original Story" [Kisah Asli Mike Hodgens] (dalam bahasa Inggeris). Exposing Mike Hodgens. 11 Mac 2010. Dicapai pada 7 Mac 2026.
- ^ a b "Home" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). Australian Bullarab Breeder's Association. Dicapai pada 7 Mac 2026.
- ^ a b "Breed Standard" [Piawaian Baka] (dalam bahasa Inggeris). Australian Bullarab Breeder's Association. Dicapai pada 7 Mac 2026.
- ^ "About Us" [Tentang Kami] (dalam bahasa Inggeris). Bull Arab Rescue. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Oktober 2025. Dicapai pada 7 Mac 2026.
- ^ "About Us" [Tentang Kami] (dalam bahasa Inggeris). Australian Bullarab Breeder's Association. Dicapai pada 7 Mac 2026.
- ^ Orr, Bronwyn Deborah; Malik, Richard; Norris, Jacqueline Marie; Westman, Mark Edward (22 Oktober 2019). "The Welfare of Pig-Hunting Dogs in Australia" [Kebajikan Anjing Pemburu Babi di Australia]. Animals (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 9 (10): 853. doi:10.3390/ani9100853. ISSN 2076-2615. PMC 6826489. PMID 31652568. S2CID 204909460.
- ^ Pascoe, Ruby (31 Januari 2023). "Urgent plea: animals are being dumped faster than Port Macquarie's Animal Shelter can 'save them'" [Rayuan segera: haiwan sedang dibuang lebih cepat daripada kemampuan Port Macquarie's Animal Shelter untuk 'selamatkan semua'] (dalam bahasa Inggeris). Port Macquarie News. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Cooley, Declan F. (17 Disember 2015). "Most abandoned pig dogs don't make it past the pound" [Kebanyakan anjing babi yang ditinggalkan tidak berjaya lepas kurungan] (dalam bahasa Inggeris). The Courier-Mail. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ a b c Lagoon, Emma (28 Oktober 2018). "Breaking Dog Breed Stigmas" [Memecahkan Stigma Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). RSPCA Queensland. Dicapai pada 7 Mac 2026.
- ^ Armitage, Mia (11 Januari 2016). "Almost 25,000 animals surrendered to RSPCA Queensland" [Hampir 25,000 haiwan diserahkan kepada RSPCA Queensland] (dalam bahasa Inggeris). Brisbane Times. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Mortimer, Luke (20 Mac 2017). "Mackay locals just as likely to be attacked by a Jack Russell" [Orang Mackay berkemungkinan sama diserang jack russell juga] (dalam bahasa Inggeris). Daily Mercury. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Sulaiman, Ahmad; Liang, Derek; Gianoutsos, Mark Peter; Moradi, Pouria (28 Februari 2022). "Paediatric dog bite injuries: a 10-year retrospective cohort analysis from Sydney Children's Hospital" [Kecederaan gigitan anjing pediatrik: analisis kohort retrospektif 10 tahun daripada Hospital Kanak-kanak Sydney]. ANZ Journal of Surgery (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 92 (5): 1149–1152. doi:10.1111/ans.17581. ISSN 1445-2197. PMID 35229428 Check
|pmid=value (bantuan). S2CID 247168843 Check|s2cid=value (bantuan). - ^ Kowal, Emily (6 Julai 2024). "Most and least popular dog breeds in NSW revealed" [Baka anjing paling popular dan paling tidak popular di NSW didedahkan] (dalam bahasa Inggeris). The Daily Telegraph. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ "Dogs mauled 30 sheep" [Anjing baham 30 biri-biri]. Northern Daily Leader (dalam bahasa Inggeris). 20 Mei 2010. m/s. 3.
- ^ "Four sheep dead and 18 injured in dog attack" [Empat biri-biri mati dan 18 cedera dalam serangan anjing] (dalam bahasa Inggeris). Daily Mercury. 6 April 2015. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Houghton, Nick (18 Disember 2013). "Man scared to leave own home after dog attack" [Lelaki takut tinggalkan rumah sendiri selepas serangan anjing] (dalam bahasa Inggeris). Daily Mercury. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Duck, Jaydan (10 April 2014). "Bull Arab put down following deadly dog attack on the Gold Coast" [Bull Arab ditidurkan ikutan serangan anjing maut di Gold Coast] (dalam bahasa Inggeris). myGoldCoast. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2014. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ "Attack dogs euthanised by council" [Anjing penyerang dieutanasia oleh majlis] (dalam bahasa Inggeris). Fraser Coast Chronicle. 26 Februari 2011. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Mitsopoulos, Nadia (19 September 2024). "Four-year-old boy left with 'horrific' facial injuries after mauling by friend's pet dog" [Budak lelaki empat tahun terima kecederaan muka 'mengerikan' selepas dibaham anjing peliharaan kawan] (dalam bahasa Inggeris). ABC News. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Cormack, Lucy; Crawford, Robert (30 Mei 2016). "Two-year-old boy mauled by dog at South Coast home" [Budak lelaki dua tahun dibaham anjing di rumah South Coast] (dalam bahasa Inggeris). The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 17 Mei 2025.
The boy suffered injuries to his head, chest, back and legs when he was bitten by a bull Arab in the front yard of a home [...]
- ^ Hansen, Jane (14 Ogos 2022). "Shock new study shows the effect dog attacks have on families" [Kajian baharu mengejutkan tunjukkan kesan serangan anjing terhadap keluarga] (dalam bahasa Inggeris). The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2022. Dicapai pada 17 Mei 2025.
two-year-old Talan Peters was mauled to death by a Bull Arab dog in Queensland.