Bumbung

Bumbung atau atap merupakan bahagian paling atas sesebuah bangunan yang dibina untuk memberikan perlindungan bangunan daripada hujan, salji, angin dan suhu melamapau serta cahaya matahari.[1]
Ciri-ciri sebuah bumbung adalah bergantung kepada rupa bentuk bangunan, bahan-bahan yang ada untuk digunakan, cita rasi reka bentuk dalam pembinaan bumbung dan kadangkala dikawal oleh undang-undang tempatan.
Bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan bumbung adalah pelbagai, daripada daun pelepah tumbuhan jenis palma dan ilalang (antaranya rumbia, kelapa, enau dan nipah)[2] atau jerami hinggalah ke bahan-bahan moden seperti zink dan kuprum.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Harris, Cyril M. (penyunting). Dictionary of Architecture and Construction, Third Edition, New York, McGraw Hill, 2000, m/s. 775
- ^ Abdul Malik (2012). Arsitektur Tradisional Melayu Kepulauan Riau (PDF). Tanjungpinang, Riau: Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Maritim Raja Ali Haji. m/s. 26.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Kategori berkenaan Bumbung di Wikimedia Commons