Burung Cekup Belakang Perang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Burung Cekup Belakang Perang
Di Kolkata, Bengal Barat, India.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
L. certhiola
Nama binomial
Locustella certhiola
(Pallas, 1811)

Burung Cekup Belakang Perang adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Locustella certhiola. Ia merupakan warbler Dunia Lama kelompok warbler rumput genus Locustella.

Di Kolkata, Bengal Barat, India.

Ia merupakan burung passerine kecil yang terdapat di rumput panjang dengan rumpun tebal, biasanya berhampiran dengan air di kawasan berpaya atau lebah. Sebanyak 4 hingga 7 telur dalam setiap sarang di atas tanah di celah rumput. Spesies ini jarang mengembara sehingga Eropah Barat. Salah satu tempat terbaik bagi melihat spesies pemalu ini sebagai pengembara adalah di Fair Isle, Shetland Islands; kerana spesies ini amat jarang muncul di Eropah Barat, ia boleh dijumpai di situ agak kerap. Ini menjadikannya spesies amat dicari dikalangan pemantau burung di UK.

Ia merupakan warbler bersaiz serdahana. Burung dewasa memiliki jalur perang gelap, dada putih perang, tidak berjalur kecuali di bawah ekor. Kedua jantina serupa, sebagaimana kebanyakan warblers, tetapi burung muda adalah lebih kekuningan di bahagian bawah.

Ia merupakan spesies pemalu yang sukar dilihat kecuali kadang-kala ketika menyanyi. Ia menyurup dicelah rumput dan rumpun renek.

Siulannya tidak berulang seperti bunyi serangga seperti yang dihasilkan oleh warbler belalang biasa dan warblers Locustella yang lain, tetapi berlagu seperti gubahan Acrocephalus. Ia dinamakan sempena pakar zoologi Jerman, Peter Simon Pallas.

Ambil perhatian bahawa dalam edisi ke enam senarai Clements [2] merujuk spesies ini sebagai "warbler Pallas", yang lebih biasa digunakan bagi Phylloscopus proregulus.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Cekup Belakang Perang ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Cekup Belakang Perang ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh Burung Cekup Belakang Perang tidak bergigi.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Sebagaiman kebanyakan warblers, ia memakan serangga. Ia menyerupai warbler belalang biasa, tetapi lebih besar sedikit, memiliki hujung putih pada ekor dan pelepah bawah, dan ekor kontot lebih perang. Hujung putih merupakan mengapa ia secara tidak rasmi digelar "PG Tips".


Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Burung Cekup Belakang Perang membiak dengan bertelur. Telur Burung Cekup Belakang Perang bercangkerang keras. Ia membiak di Asia timur. Ia merupakan burung berhijrah, musim sejuk di timur India hingga ke Indonesia.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z
  1. ^ BirdLife International (2012). "Locustella certhiola". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ Clements, James F. (2007) The Clements checklist of birds of the world Cornell University Press ISBN 978-0-8014-4501-9