Burung Gagak Gunung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Burung Gagak Gunung
Burung Gagak Gunung di Zoo Chiang Mai, Thailand
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. chinensis
Nama binomial
Cissa chinensis
(Boddaert, 1783)

Burung Gagak Gunung adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Cissa chinensis. Ia merupakan ahli keluarga gagak.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Gagak Gunung ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Gagak Gunung ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Gagak Gunung tidak bergigi.

Burung Gagak Gunung memiliki warna hijau terang (seringkali bertukar turquoise dalam kurungan), agak cerah di bahagian bawah dan memiliki belang hitam tebal dari paruh (melalui mata) ke belakang tengkuk. Berbanding ahli genusnya yang lain, ekornya yang hujungnya putih, agak panjang. Ini jelas bertentangan dengan bingkai mata merah, paruh dan kakinya. Sayapnya merah gelap.

Bunyinya agak pelbagai setatpi sering kali peep-peep kasar. Ia juga sering bersiul dan mencecer.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Burung Gagak Gunung mencari makanan di tanah dan di pokok, dan memburu banyak haiwan buruan termasuk pelbagai invertebra, reptilia kecil, mamalia, anak burung dan telur. Ia turut memakan bangkai segar.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sarang burung Gagak Gunung di bina di atas pokok, semak rimbun dan sering kali di celah batang pokok memanjat. Biasanya terdapat antara 4–6 biji telur setiap sarang.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Ia terdapat di kaki gunung Himalayas di timur laut India dalam jalur luas ke timur turun ke tengah Thailand, Malaysia, Sumatera dan baratlaut Borneo dalam hutan malar hijau (termasuk hutan buluh), kawasan lapang dan pokok renek.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "Cissa chinensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Kemasukan pangkalan data termasuk alasan mengapa spesies ini tidak dibimbangkan
Pandangan belakang burung gagak Gunung di Zoo Negara di Washington, D.C.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z