Burung Sepah Putri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Burung Sepah Putri
Scarlet-backed flowerpecker Gosaba Sundarban 0001.jpg
Jantan
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Burung
Order: Passeriformes
Keluarga: Dicaeidae
Genus: Dicaeum
Spesies: D. cruentatum
Nama binomial
Dicaeum cruentatum
(Linnaeus, Edisi ke-10 Systema Naturae - 1758)


Burung Sepah Putri (Dicaeum cruentatum) adalah spesies burung passerine dalam keluarga Dicaeidae. Secara seksual dimorf, burung jantan mempunyai bahagian atas biru laut dengan garis merah terang menuruni dari mahkota ke bawah ekornya, sementara burung betina dan remaja kebanyakannya bewarna hijau muda. Ia didapati di hutan dataran rendah lembab subtropika atau tropika dan kadang-kadang di ladang di beberapa negara di seluruh Asia Selatan dan Timur.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Burung jantan di Gosaba, Sundarban, Bengal Barat, India

Burung Sepah Putri pada asalnya digambarkan oleh Linnaeus pada tahun 1758 dalam edisi ke-10 karyanya Systema Naturae, dengan nama binomial Certhia cruentata. [2]

Ia kemudiannya diklasifikasikan semula kepada genus Dicaeum pematuk bunga. Eithet spesifik Kruentatum berdarah' berasal dari kata kerja Latin crǔentare ' bagi dibasahi darah'.[3] Analisis genetik DNA mitokondria bagi 70% spesies pematuk bunga dan pematuk bunga dada hitam (D. igniferum) - yang endemik kepada Kepulauan Sunda Kecil Indonesia - sebagai saudara dekat masing-masing; burung jantan kedua-dua spesies mempunyai bulu merah di bahagian belakang mereka.[4]

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Berukuran 9 cm (3.5 inci) dan seberat antara 7 hingga 8 gram (0.25 hingga 0.28 oz), Burung Sepah Putri merupakan seekor burung kecil dengan ekor pendek. Ia mempamerkan dimorfisme seks. Burung jantan memiliki wajah, sayap dan ekor bewarna biru laut, dengan jalur berwarna merah terang dari mahkota ke atas ekor terlindungnya. Burung betina kebanyakannya hijau zaitun dengan ekor dan bahagian atas ekor terlindung dan belakangnya hitam. Kedua-dua jantina mempunyai bahagian bawah putih yang berkrim, mata dan kaki hitam, dan paruh melengkung kelabu. Burung muda mempunyai bulu yang sama dengan burung betina tetapi mempunyai paruh merah bata dan tidak mempunyai bontot merah terang.[5]

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Ia terdapat di Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, China, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Singapura, Thailand, dan Vietnam. Tiada kajian populasi sejagat telah dijalankan; ia dianggap biasa terdapat di sepanjang sebahagian besar julatnya di Thailand, sungguhpun dianggap jarang terdapat di Bhutan dan Nepal. [1] Ia ditemui sehingga 1000 m (3500 kaki), di hutan tanah rendah lembab subtropika atau tropika, kawasan hutan dan taman-taman.[5] Di bahagian utara julatnya, ia terdapat di tenggara China ke Fujian (sebagai subspesies Dicaeum c. cruentatum).[5] Ia telah direkodkan di kedua-dua hutan asli dan perladangan di Bengal Barat di India.[6]

Makanan[sunting | sunting sumber]

Ia telah dilihat memakan buah ara Ficus fistulosa dan F. grossularoides di Hutan Simpan Bukit Timah di Singapura. [7] Ia turut hinggap di pokok Jambu Mawar di bandar Hong Kong.[8]

Breeding[sunting | sunting sumber]

Burung Sepah Putri menganyam sarangnya berbentuk kantung tergantung tinggi di pokok. Sarangnya memiliki laluan masuh di sisi, biasa bagi burung dalam keluarga pematuk bunga.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Burung jantan di Singapura
  1. ^ a b "Dicaeum cruentatum". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. 2012. Dicapai 26 November 2013. 
  2. ^ (Latin) Linnaeus, Carl (1758). Systema naturae per regna tria naturae, secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis. Tomus I. Editio decima, reformata. Holmiae. (Laurentii Salvii). m/s. 119. 
  3. ^ Simpson DP (1979). Cassell's Latin Dictionary (edisi 5th). London: Cassell Ltd. m/s. 159. ISBN 0-304-52257-0. 
  4. ^ Nyária, Árpád S.; Peterson, A. Townsend; Rice, Nathan H.; Moyle, Robert G. (2009). "Phylogenetic relationships of flowerpeckers (Aves: Dicaeidae): Novel insights into the evolution of a tropical passerine clade". Molecular Phylogenetics and Evolution. 53 (3): 613–19. doi:10.1016/j.ympev.2009.06.014. PMID 19576993. 
  5. ^ a b c Brazil, Mark (2009). Birds of East Asia. A&C Black. m/s. 444. ISBN 0-7136-7040-1. 
  6. ^ S. SIVAKUMAR; JEEJO VARGHESE & VIBHU PRAKASH (2006). "Abundance of birds in different habitats in Buxa Tiger Reserve, West Bengal, Indi" (PDF). Forktail. 22: 128–33. 
  7. ^ Peh, Kelvin S.-H.; Chong, Fong Lin (2003). "Seed dispersal agents of two Ficus species in a disturbed tropical forest". Ornithological Science. 2: 119–25. doi:10.2326/osj.2.119. 
  8. ^ Corlett, Richard T. (2005). "Interactions between birds, fruit bats and exotic plants in urban Hong Kong, South China". Urban Ecosystems. 8 (3–4): 275–283. doi:10.1007/s11252-005-3260-x. 
  9. ^ Strange, Morten (2000). Photographic Guide to the Birds of Southeast Asia. Singapore: Periplus. m/s. 365. ISBN 962-593-403-0. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z